Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Opec setuju kurangkan pengeluaran, harga minyak naik

Dec 1, 2016 | 8:26 AM
Setiausaha agung Opec dari Nigeria, Encik Mohammed Barkindo (kanan), pengerusi Lembaga Gabenor Opec dari Algeria, Encik Mohamed Hamel (kiri) dan presiden Opec, Encik Mohammed bin Saleh al-Sada, di mesyuarat pertubuhan itu di ibu pejabatnya di Vienna, Austria, pada 30 Nov 2016.
Setiausaha agung Opec dari Nigeria, Encik Mohammed Barkindo (kanan), pengerusi Lembaga Gabenor Opec dari Algeria, Encik Mohamed Hamel (kiri) dan presiden Opec, Encik Mohammed bin Saleh al-Sada, di mesyuarat pertubuhan itu di ibu pejabatnya di Vienna, Austria, pada 30 Nov 2016. - GAMBAR AFP

VIENNA: Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) mencapai perjanjian pada lewat Rabu (30 Noc) untuk mengurangkan pengeluaran buat kali pertama dalam lapan tahun, kata menteri tenaga Qatar yang juga presiden persidangan badan itu.

Pengumuman itu segera membuat harga minyak naik.

Pengurangan oleh Opec ialah "1.2 juta tong sehari, membawa kepada jumlah maksimum 32.5 juta tong sehari", kata Encik Mohammed Saleh Al-Sada dalam satu sidang media di Vienna.

Beliau berkata Russia, negara bukan anggota Opec, komited untuk mengurangkan pengeluarannya sebanyak 300,000 tong sehari, separuh daripada 600,000 tong sehari yang diharapkan daripada negara di luar Opec.

Harga minyak meningkat lebih 8 peratus menyusuli persetujuan tersebut.

Pemotongan itu termasuk Iraq mengurangkan pengeluaran sebanyak 200,000 tong sehari kepada 4,351,000 tong sehari mulai Januari depan.

Kuwait, Venezuela dan Algeria bersetuju untuk memantau pematuhan perjanjian itu. Opec akan bertemu negara pengeluar minyak bukan anggotanya pada Jumaat depan.

Harga niaga hadapan mentah US West Texas Intermediate naik AS$4.02 kepada AS$49.25 setong, iaitu sebanyak 8.9 peratus.

Harga niaga hadapan mentah Brent pula meningkat AS$3.79 kepada AS$50.17 setong, sebanyak 8.2 peratus. - Reuters, AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg