Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Orang ramai dijemput beri maklum balas bagi Belanjawan 2017

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Orang ramai dijemput beri maklum balas bagi Belanjawan 2017

Dec 05, 2016 | 10:58 AM



WARGA Singapura dijemput memberi pandangan mengenai Belanjawan 2017.

Kementerian Kewangan berkata ia berminat mengumpul maklum balas daripada individu, keluarga dan perniagaan mengenai "isu seperti cara terbaik membangunkan rakyat Singapura, menyokong keluarga dan membantu syarikat tempatan berkembang melalui inovasi dan pengantarabangsaan".

Orang ramai boleh memberi pandangan melalui pelbagai saluran.

Ini termasuk secara dalam talian mulai Isnin (5 Dis) di laman mikro unit maklum balas pemerintah Reach di www.reach.gov.sg/budget2017.

Rakyat Singapura juga boleh memberi maklum balas secara peribadi di Pusat Mendengar di seluruh pulau.

Ia merupakan kios yang disediakan di kawasan awam yang mudah diakses, seperti Marine Parade Central Promenade, Chevron House, Hab Tampines Kami dan Pusat Penjaja Hougang.

Reach juga akan menganjurkan Perbualan Pra-Belanjawan 2017 pada Rabu, bagi membolehkan orang ramai membincangkan idea.

Acara ini akan dihadiri oleh Menteri Negara Kanan (Kewangan dan Undang-Undang) Indranee Rajah, serta naib pengerusi panel penyeliaan Reach, Encik Vikram Nair.

Terdapat juga satu sesi soal jawab dalam talian pada 4 Jan dari 8 hingga 9.30 malam di laman Facebook Reach (www.facebook. Com/REACHSingapore).

Ini akan dipengerusikan oleh Encik Liang Eng Hwa, pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Kewangan dan Perdagangan dan Perusahaan, dan Cik Foo Mee Har, ahli jawatankuasa itu.

Reach boleh dihubungi di Twitter di @REACH_Singapore, melalui e-mel di reach@reach.gov.sg, atau hotline bebas tol 1800-353-5555.

Usaha mendapatkan maklum balas ini akan ditutup pada 13 Jan.

Laman web Belanjawan 2017 kini disediakan di www.singaporebudget.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >