SHANGHAI: Pasaran China terus merudum dengan Shanghai mencatat penyusutan 7.63 peratus kepada 2,964.97 mata berikutan kebimbangan mengenai ekonomi China, namun pasaran-pasaran lain, termasuk Hongkong, Singapura dan Eropah, meningkat semalam - sehari selepas pasaran dunia menjunam.
Indeks Shanghai susut 244.94 mata kepada 2,964.97 mata selepas susut sebanyak 8.16 peratus pada awal dagangan.