Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Pelajari robotik pada usia 53 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pelajari robotik pada usia 53 tahun

Jun 16, 2020 | 05:30 AM



PADA usia 53 tahun, Encik Solman Erpah masuk kembali ke bilik darjah tahun ini untuk mempelajari ilmu robotik.



Beliau menyertai Program Bekerja Sambil Berlatih (AnT) bagi Jurutera Robotik, yang dibangunkan Tenaga Kerja Singapura (WSG) untuk memupuk karyawan dalam bidang robotik dan automasi (R&A).



Encik Solman sebelum ini berkecimpung dalam bidang kejuruteraan hidraulik dalam industri automotif selama tujuh tahun.



Sebelum itu, beliau mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan kemudahan, dan 10 tahun dalam bidang pengeluaran.



Namun, setelah diberhentikan kerja dari tempat kerja terakhirnya itu, Encik Solman memutuskan untuk meneroka bidang baru.



"Saya ingatkan pekerjaan sebelum ini pekerjaan terakhir sebelum bersara tetapi rancangan itu tidak menjadi.



"Ada sesuatu dalam diri saya yang mendorong saya untuk cuba sesuatu yang baru," ujarnya.



Setelah membuat kajiannya sendiri, Encik Solman tertarik untuk mendalami bidang robotik. Beliau melihat sendiri pentingnya bidang itu dalam pekerjaannya sebelum ini.



Beliau mendapat tahu tentang program AnT yang merangkumi latihan tiga bulan dalam bilik darjah di Pusat Kecemerlangan Automasi Robotik (Race), dan kemudian pengalaman bekerja sambil berlatih hingga tiga bulan dengan syarikat hos.



Di bawah program itu, pelatih menerima subsidi bayaran latihan, serta elaun latihan sekurang-kurangnya $3,040 sebulan.



"Memang satu perkara yang saya perlu terima adalah elaun itu tidak setinggi dengan gaji saya dulu.



"Tetapi setelah bincang dengan famili, mereka beri sokongan," ujar Encik Solman, bapa dua orang anak berusia 22 tahun dan 16 tahun.



Encik Solman mempunyai Diploma Kejuruteraan Elektrik dari Politeknik Ngee Ann, serta ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Kemudahan tawaran Universiti Heriot-Watt.



Beliau menyertai program AnT pada Januari lalu, dan kini sedang mengikuti latihan di PBA, sebuah syarikat kecil dan sederhana (SME) setempat yang menghasilkan produk robotik dan menawarkan huraian automasi.



Bergantung pada tempat kerja kosong dan prestasi kerja, pelatih boleh ditawarkan jawatan kerja sepenuh masa di akhir program tersebut.



Sementara itu, Encik Solman terus berfikiran positif.



"Bagi mereka yang menghadapi kesukaran untuk teruskan kerjaya mereka, saya sarankan mereka mesti ada harapan, dan kita mesti ada fikiran positif.



"Usia tak jadi satu halangan, selagi ada kesihatan. Kita harus terus berjuang untuk diri sendiri, untuk keluarga tersayang," ujarnya. 




"Saya ingatkan pekerjaan sebelum ini pekerjaan terakhir sebelum bersara tetapi rancangan itu tidak menjadi. Ada sesuatu dalam diri saya yang mendorong saya untuk cuba sesuatu yang baru."
- Encik Solman Erpah, yang menyertai Program Bekerja Sambil Berlatih (AnT) bagi Jurutera Robotik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >