Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Peniaga makanan dari rumah harus hentikan operasi: HDB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Peniaga makanan dari rumah harus hentikan operasi: HDB

HDB
Apr 25, 2020 | 05:30 AM



DALAM satu peraturan yang mengejutkan ramai peniaga menjalankan perniagaan makanan di rumah, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyatakan peniaga tidak lagi boleh beroperasi semasa tempoh pemutus litar ini jika barangan perlu dihantar kepada pelanggan ke rumah.



HDB mengesahkan kepada Berita Harian (BH) peraturan itu ketika ditanya selepas kekecohan berlaku dalam kalangan peniaga berhubung peraturan itu.



Ramai peniaga yang mengambil tempahan makanan semasa bulan puasa ini serta menjelangnya Hari Raya terjerat dengan peraturan itu dan menghentikan operasi.



Dari 7 April lalu sejak pemutus litar dilaksanakan, HDB menyatakan perniagaan yang dijalankan di rumah atau pejabat boleh beroperasi hanya jika memenuhi beberapa kriteria di bawah garis panduan Kementerian Kesihatan (MOH) dan Akta Covid-19 (Langkah Sementara).



"Kriteria itu ialah perniagaan itu beroperasi hanya dalam talian tanpa memerlukan individu keluar dari premis rumah.



"Perniagaan itu juga tidak memerlukan pelanggan mengambil barang tersebut sendiri atau memerlukan khidmat penghantaran pihak ketiga menghantar barangan itu,'' ujar HDB, dalam lamannya.



Jika perniagaan di rumah itu tidak memenuhi undang-undang itu seperti perniagaan makanan dan minuman (F&B), HDB berkata 'mereka perlu menghentikan operasi semasa tempoh Pemutus Litar'. Pemutus litar yang bermula pada 7 April lalu dijangka berakhir 1 Jun ini.



Pemilik VioletFrost yang menjual kek, Cik Sery Rahim meluahkan rasa kecewa ketika menerima berita itu namun beliau reda.



Menurutnya, beliau sudah tidak lagi mengambil pesanan secara kerap baru-baru ini kerana khuatir jika perkara sebegini terjadi.



"Jika saya perlu membayar balik atau menangguhkan pesanan pelanggan saya, saya akan melakukan demikian kerana jika saya tidak patuh dengan peraturan, saya tidak membantu masyarakat. Kita semua mahu perkara ini berlalu secepat mungkin," ujarnya.



Beliau menerima tempahan bernilai $2,000 tetapi oleh kerana belum menerima wang pendahuluan daripada pelanggan, beliau akan membatalkan tempahan itu.



Pemilik jenama biskut dan kek SimplyNuha, Cik Nurazlina Ghazali berkata langkah itu akan menjejasnya memandangkan ia sumber pendapatan utama keluarga.



Sejak langkah jarak selamat diperkenal, beberapa klien sudah membatalkan pakej kek perkahwinan mereka sambil ada yang memilih menangguh tempahan dan acara mereka.



Dengan menghentikan perniagaan berpangkalan di rumah daripada terus beroperasi, ini akan lebih menjejas perniagaannya.



"Hari Raya Aidilfitri bakal tiba, dan orang ramai tidak dapat meraikannya bersama keluarga. Justeru ada peniaga lain yang berkongsi dengan saya pelanggan mereka mahu membatalkan pesanan. Ada juga yang meminta pembayaran balik. Bagi peniaga rumah, apabila bekalan kami sudah sampai, lebih-lebih sekarang ketika kami sudah mahu mula menyiapkan pesanan itu, ia amat sukar untuk kami bayar balik," kata beliau.



Dalam surat Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) kepada anggotanya, Presiden DPPMS Encik Farid Khan mengesahkan peraturan HDB itu selepas terdapat 'banyak keprihatinan sama ada perniagaan di rumah khususnya industri F&B dapat meneruskan perniagaan mereka'.



Jika sesiapa mempunyai pertanyaan, mereka boleh merujuk kepada HDB di 6490-1111. Jika ingin mendapat pengecualian, mereka boleh melakukannya di https://covid.gobusiness.gov.sg/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >