Topik diikuti
Pergi ke BHkuPresiden baru DPPMS galak peniaga manfaat kekuatan sesama
Premium
Presiden baru DPPMS galak peniaga manfaat kekuatan sesama
Farid Khan mahu kongsi pengalaman untuk bantu anggota harungi cabaran
Jun 1, 2019 | 5:30 AM
Presiden baru DPPMS galak peniaga manfaat kekuatan sesama
TUKAR KEPIMPINAN: Presiden baru DPPMS, Encik Farid Khan (tengah) mengambil-alih kepimpinan dari Encik Shamir Abdul Rahim (kiri). Turut serta ialah Timbalan Presiden DPPMS baru, Encik Abu Bakar Mohd Nor. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -
PRESIDEN baru Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan, menggalak anggotanya berusaha sama dan memanfaatkan kekuatan satu sama lain kerana peluang dalam perniagaan amat luas.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pertama selepas dilantik menjadi presiden badan perniagaan Melayu itu di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-60 semalam bagi penggal 2019 hingga 2021.
