Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Sektor ICT perlu lebih banyak bakat mahir: Kajian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sektor ICT perlu lebih banyak bakat mahir: Kajian

Nov 02, 2016 | 10:00 AM



SEKTOR teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masih menghadapi kekurangan kemahiran teruk walaupun beberapa inisiatif diambil baru-baru ini untuk menambah bakat dalam industri itu.



Satu kajian oleh Universiti Pengurusan Singapura (SMU), dengan kerjasama JP Morgan, mendapati permintaan bagi pekerja ICT dijangka terus meningkat dan pasaran buruh terkial-kial untuk memenuhinya.



Laporan itu menggariskan cabaran kemahiran yang dihadapi Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand.



Ia mendapati sektor ICT Singapura - yang menggajikan kira-kira 150,000 pekerja - menghadapi kekurangan kemahiran teruk.



Pemerintah meramalkan tahun depan, industri itu akan memerlukan lebih 15,000 pekerja, terutama dalam bidang keselamatan siber, analisis data dan infrastruktur pembangunan dan rangkaian.



Jumlah itu boleh meningkat kepada 30,000 pada 2020.



Kekurangan pekerja mahir dalam keselamatan siber teruk, terutama di peringkat pertengahan dan kanan, disebabkan skim latihan dan laluan masuk tidak mencukupi untuk karyawan profesional pertengahan kerjaya, kata laporan itu.



Pada 2012, hanya 0.8 peratus daripada 144.300 pekerja ICT di sini dianggap sebagai pakar keselamatan IT. Agak sedikit kemajuan telah dibuat sejak itu untuk merapatkan jurang kemahiran, ujar laporan tersebut.



Profesional pertengahan kerjaya, pengurus, eksekutif dan teknisyen sering mendapati sukar bergerak ke dalam industri itu kerana perubahan teknologi pesat bermakna mereka menghadapi keluk pembelajaran curam. Mereka juga sering perlu menerima pemotongan gaji.



Terdapat juga kekurangan pekerja bagi pekerjaan kejuruteraan perisian dan pemprograman peringkat rendah.



Setakat ini Singapura menangani masalah ini dengan mengimport pekerja asing, kata laporan itu. Tetapi ini mewujudkan satu kitaran kejam: Kemasukan pekerja asing membawa kepada gaji lebih rendah, menyebabkan lulusan tempatan menjauhi segmen ini, yang seterusnya mewujudkan lebih banyak permintaan bagi pekerja asing.



Kajian SMU dan JP Morgan juga mendapati perkilangan kejuruteraan elektronik dan elektrik - komponen terbesar pangkalan perkilangan Singapura - menghadapi jurang kemahiran penting.



Kekurangan pengalaman kerja dan kemahiran pakar yang diperlukan serta tanggapan gaji tidak kompetitif adalah sebab utama jurutera menjauhi industri ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >