Syarikat tempatan bantu bandar Jepun pikat pelancong Muslim
Premium
Syarikat tempatan bantu bandar Jepun pikat pelancong Muslim
Crescentrating sasar beri penilaian mesra halal kepada 200 hotel Jepun, capai penjualan $6.4 juta jelang 2016
Nov 13, 2014 | 5:30 AM
METERAI KERJASAMA: Encik Fazal (kiri) bersama Encik Itaru Kataoka, Timbalan Mayor Hakodate, - salah sebuah bandar yang mendapatkan khidmat konsultasi mesra halal dari syarikatnya. - Foto ihsan FAZAL BAHARDEEN -
SYARIKAT penilaian mesra halal industri pelancongan setempat, Crescentrating Pte Ltd, telah meluaskan perniagaannya ke Jepun setelah mendapat projek dengan beberapa bandar di negara itu.
Ia akan berkongsi kepakaran dan menasihatkan kerajaan bandar Fukuoka membangunkan industri pelancongan halal serta menjalankan bengkel untuk agensi kerajaan setempat di beberapa bandar Jepun lain, Hokadate, Osaka dan Yokohama.

