Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI BARU

Teknologi bantu tugas pegawai keselamatan lebih produktif

Beberapa tugas yang dilakukan secara manual tidak diperlukan lagi dengan penggunaan sistem kamera pengesanan dan perawanan
Mar 01, 2020 | 05:30 AM



APABILA Encik Mohammed Alfie Idris mula bekerja dalam industri keselamatan privet di sebuah kondominium sekitar empat tahun lalu, tugasnya termasuk merakamkan butiran setiap pengunjung, kenderaan dan kontraktor secara manual dalam buku log.



Namun, tugas Encik Alfie, 40 tahun, dan rakan sekerjanya kini lebih mudah dan lancar selepas majikannya memanfaatkan teknologi dalam tugas pegawai keselamatan mereka pada awal tahun ini.



Majikannya, Metropolis Security Systems, mula menguji penggunaan teknologi yang menyepadukan sistem kamera pengesanan dan sistem perawanan pada lewat tahun lalu.



Sistem kamera pengesanan itu akan mengesan plat nombor setiap kenderaan yang memasuki kondominium dan maklumat itu kemudian dirakam dalam sistem perawanan dalam iPad.



Sistem itu juga akan memaklumkan kepada pegawai keselamatan apabila ada kenderaan yang keluar dari kondominium itu, menjadikannya lebih mudah bagi pegawai mengesan kenderaan yang berada di dalam premis melebihi masa yang ditetapkan.



Di samping itu, pegawai keselamatan juga boleh menggunakan sistem itu untuk merakamkan butiran pengunjung yang datang ke kondominium itu.



"Kalau dulu, semuanya termasuk butiran kontraktor, pengunjung, kenderaan, perlu ditulis dalam buku log tetapi dengan teknologi, ia lebih senang bagi kami," kata kata Encik Alfie, kini penyelia keselamatan di kondominium dekat Bukit Panjang itu.



"Sistem ini juga membolehkan kami mencari maklumat lama dengan lebih mudah. Contohnya, kalau pihak pengurusan minta maklumat tentang seseorang individu yang datang ke sini beberapa hari lalu, kami tak perlu lagi cari maklumat itu secara manual dalam buku."



Tambahnya, beliau dan rakan kerja telah menjalani latihan selama sehari untuk belajar menggunakan sistem itu.



Pengurus Besar Metropolis Security Systems, Encik Lek Shao Hua, mengongsi bahawa mereka mula memanfaatkan teknologi kerana mahu mempertingkat produktiviti pekerja.



Mereka telah bekerjasama dengan sebuah vendor teknologi bagi melaksanakan sistem kamera yang dapat mengesan plat nombor kenderaan dan syarikat pihak ketiga untuk mereka dan membangunkan sistem perawanan yang dapat memenuhi keperluan klien mereka.



Syarikatnya juga telah memanfaatkan dua geran - Geran Pembangunan Perusahaan (EDG) dan Geran Rekaan Semula Pekerjaan WorkPro - bagi membangun dan melaksanakan teknologi itu.



EDG menyediakan bantuan bagi firma yang ingin jalankan rombakan dan berkembang, dan menyokong projek yang membantu dalam peningkatan perniagaan, inovasi atau penyejagatan.



Geran itu memberi sokongan sehingga 70 peratus daripada projek yang layak, misalnya bayaran runding cara, peralatan dan sofwe serta kos tenaga kerja.



Geran Rekaan Semula Pekerjaan WorkPro pula menyokong usaha reka semula pekerjaan, dengan syarikat boleh menerima pembiayaan sehingga $300,000.



Encik Lek, yang menambah bahawa mereka merancang untuk terus mempertingkat teknologi yang digunakan itu pada masa depan, berkata:



"Dengan dorongan pemerintah bagi Rancangan Perubahan Industri (ITM) dan juga langkah untuk mendigitalkan sebahagian besar proses kami untuk mempertingkat produktiviti, kami memutuskan untuk memanfaatkan teknologi pada 2018.



"Ini demi membantu pegawai keselamatan kami mempertingkat produktiviti mereka dan juga untuk menjadikan tempat kerja lebih selamat dan bijak untuk mereka."



  • Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >