Topik diikuti
Pergi ke BHku100 pekerja gedung sukan Decathlon jalani latihan digital, analitik data
100 pekerja gedung sukan Decathlon jalani latihan digital, analitik data
Josephine Teo tekankan pentingnya pertingkat kemahiran pekerja agar perniagaan berkembang maju
100 pekerja gedung sukan Decathlon jalani latihan digital, analitik data
MANFAATKAN TEKNOLOGI: Semasa lawatannya ke cawangan Decathlon-Singapore Lab di Stadium Blvd baru-baru ini, Cik Josephine Teo (berbaju putih) berpeluang melihat bagaimana syarikat itu menggunakan Robot RFID untuk melakukan pemeriksaan inventori stok. - Foto BH oleh KELVIIN CHNG -
Dec 13, 2019 | 5:30 AM
DENGAN transformasi pekerjaan dan kemunculan teknologi mengganggu, padanan antara pekerjaan dengan kemahiran yang tidak sesuai akan berlaku dan harus dijangkakan, kata Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo.
Namun, ini harus dilihat sebagai satu peluang dan perniagaan harus terus berinovasi supaya perniagaan mereka boleh terus berkembang maju, tambahnya.
