1,000 pekerja mungkin dihenti dalam rancangan penstrukturan di Airbus
Premium
1,000 pekerja mungkin dihenti dalam rancangan penstrukturan di Airbus
Nov 25, 2016 | 5:30 AM
PENYUSUNAN SEMULA: Kejatuhan harga minyak dan pengurangan pengeluaran pesawat A380 dijangka mendorong Airbus memberhentikan sebahagian pekerjanya. - Foto REUTERS -
TOULOUSE: Rancangan penstrukturan di Airbus berkemungkinan menyaksikan sekurangkurangnya 1,000 pekerjaan akan dicantas, menurut pegawai kesatuan pekerja Perancis.
Angka itu termasuk pengurangan 780 pekerjaan yang dilaporkan Les Echos sebelum ini, yang merangkumi penyelidik teknikal, teknologi maklumat (IT), perkhidmatan strategi dan perundangan, menurut laporan Encik Jean-Marc Escourrou, setiausaha kesatuan pekerja Force Ouvriere cawangan Airbus.

