Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

$100,000 lesap: 20 laporan polis ke atas 'ketua pegawai pemasaran kripto' warga SG

Dec 20, 2021 | 5:30 AM
-

SEKITAR 20 laporan polis telah dibuat terhadap seorang warga Singapura yang dinamakan sebagai ketua pegawai pemasaran permainan kripto yang didakwa telah menyebabkan pemain setempat kehilangan lebih $100,000 dalam mata wang kripto.

Memanfaatkan populariti permainan yang membolehkan individu untuk meraih pendapatan sambil bermain, Permainan Neko Inu telah dilancarkan awal tahun ini, membolehkan pemain memperoleh USDT, yang merupakan satu bentuk mata wang kripto.

Pemain perlu terlebih dahulu membeli haiwan peliharaan maya dalam USDT sebelum mereka boleh mula bermain. Mereka kemudiannya harus melakukan kegiatan seperti memberi makan dan menjaga haiwan peliharaan mereka setiap hari untuk meningkatkan nilai mereka.

"Apa yang menarik minat saya terhadap permainan ini ialah faedah 6 peratus yang saya boleh dapatkan untuk haiwan peliharaan saya setiap hari," kata seorang pemain yang hanya mahu dikenali sebagai K J.

"Haiwan peliharaan itu boleh didagangkan atau dijual untuk menukar USDT kepada wang tunai."

Jika pemain memperkenalkan lebih ramai pemain kepada permainan itu, mereka mendapat insentif rujukan, seperti skim ponzi, tambah KJ, yang memasukkan USDT3,600, yang nilainya sama dengan AS$3,600 ($4,900) apabila beliau mula bermain pada April.

Tetapi pada bulan lepas, pembangun permainan itu menukar semua USDT yang dimiliki oleh pemain dalam permainan kepada Neko$.

Pemain membantah langkah itu kerana Neko$ tidak disenaraikan di mana-mana pertukaran kripto jadi mereka tidak akan dapat mengeluarkan pendapatan atau aset mereka.

Seorang lagi pemain yang hanya dikenali sebagai Encik Chen, 32 tahun, berkata: "Sekitar pertengahan November kami tidak dapat membuat sebarang pengeluaran. Pentadbir permainan berkata platform itu telah digodam dan pelayan dimatikan kerana trafik yang tinggi.

"Apabila pelayan dipulihkan beberapa hari kemudian, kami terkejut apabila mendapati USDT kami ditukar kepada Neko$. Kadar pertukarannya ialah satu USDT kepada lima Neko$."

Ini bermakna USDT4,000 milik Encik Chen telah ditukar kepada 20,000 Neko$.

Dia memfailkan laporan polis dan menyertai chat kumpulan mangsa Neko Inu yang mempunyai lebih 1,000 anggota.

Anggota itu mengongsi maklumat tentang syarikat itu, termasuk butiran peribadi seorang lelaki Singapura yang dinamakan sebagai ketua pegawai pemasaran di laman web permainan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg