Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 pengarah baru dipilih jadi anggota lembaga DPPMS

Jul 7, 2021 | 5:30 AM
BERI KEPELBAGAIAN: (Dari kiri) Cik Kohe Hasan dipilih semula, sementara Encik Syahiran Rohajat dan Encik Amran Robani baru dipilih. - Foto-foto fail
BERI KEPELBAGAIAN: (Dari kiri) Cik Kohe Hasan dipilih semula, sementara Encik Syahiran Rohajat dan Encik Amran Robani baru dipilih. - Foto-foto fail -

DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah memilih dua pengarah baru untuk memperkukuhkan lembaga pengarahnya.

Mereka ialah juruaudit, Encik Amran Robani dan usahawan muda, Encik Syahiran Rohajat.

Seorang lagi peguam dan rakan kongsi firma guaman Reed Smith, Cik Kohe Hasan juga dipilih semula menyertai lembaga pengarah itu.

Beliau telah berkhidmat bagi sejak 2019 bagi menyediakan khidmat guaman bagi anggota DPPMS serta memastikan profesionalisme badan niaga itu dijaga.

Sebelum ini, enam anggota lembaga pengarah DPPMS dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-62 diadakan baru-baru ini.

Encik Amran, yang juga Penolong Bendahari Kehormat DPPMS, mempunyai pengalaman 25 tahun dalam bidang audit dan menganggap pelantikannya itu suatu amanah.

"Kami berharap untuk sama-sama memacu DPPMS ke tahap prestasi yang lebih tinggi dan secara berterusan. Saya anggap ini satu amanah yang perlu saya dukung kerana saya percaya, insya-Allah, DPPMS adalah wadah yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum," ujarnya.

Cik Kohe pula berkata beliau dapat lihat sendiri cabaran yang dihadapi para peniaga Melayu akibat pandemik Covid-19.

"Sedang perniagaan menuju ke arah bidang baru perniagaan dan fokus pada digitalisasi dan inovasi untuk memerangi kesan buruk Covid-19, mereka mungkin berdepan dengan cabaran undang-undang yang baru. Saya berharap dapat membantu perniagaan-perniagaan kita sedang kita beralih ke norma baru," jelas beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif MSR Interior Design, Encik Syahiran, bakal memimpin Rangkaian Usahawan Muda DPPMS di mana pengalaman dan kepakarannya diharap dapat membantu dan memberi manfaat kepada peniaga-peniaga muda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg