Premium
28 pekerja korban di tempat kerja antara Jan-Jun: MOM
Sep 17, 2022 | 5:30 AM
KEMATIAN DAN KECEDERAAN DI TEMPAT KERJA -
SERAMAI 28 pekerja meninggal dunia di tempat kerja dari Januari hingga Jun tahun ini, lebih tinggi berbanding 23 pekerja dalam tempoh yang sama tahun lalu dan 14 pekerja dalam separuh kedua tahun lalu, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) semalam.
Sektor binaan menyumbang jumlah kematian dan kecederaan besar di tempat kerja yang tertinggi, dengan 10 kematian dan 84 kes kecederaan besar dilaporkan dalam separuh pertama tahun ini.

