Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

3 usahawan mapan tanding jawatan naib presiden DPPMS

May 31, 2023 | 06:34 PM



SEMUA mata tertumpu kepada jawatan naib presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) apabila Mesyuarat Agung Tahunan DPPMS ke-64 berlangsung pada 1 Jun.

Seramai tiga orang usahawan mapan bakal bertanding bagi dua jawatan naib presiden.

Ini termasuk Cik Fadilah Majid, 60 tahun, pemilik dan pengarah urusan, SpaJelita Pte Ltd, yang telah menyandang jawatan tersebut sejak 2015.

“Sebagai naib presiden, saya berharap dapat membantu DPPMS melaksanakan strategi berkesan untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada perniagaan tempatan untuk mengguna teknologi bagi mengembangkan perniagaan mereka.

“Ini akan membolehkan mereka menguasai pasaran di luar negara tanpa memerlukan pelaburan modal yang besar,” kata Cik Fadilah.

Beliau yang tidak asing lagi dalam usaha memperkasa usahawan wanita berharap pelantikannya sebagai naib presiden dapat membangunkan sistem sokongan buat wanita di dalam arena perniagaan.

“Tumpuan saya adalah untuk menyokong usahawan wanita.

“Saya harap dapat terus menjadi suara yang mewakili keperluan dan kehendak sayap wanita kita melalui DEWI@SMCCI, sama ada untuk memulakan dan memudahkan program yang bermanfaat bagi perniagaan, atau untuk terus mengembangkan masyarakat wanita yang boleh menyokong dan membantu antara satu sama lain,” tambahnya.

Selain Cik Fadilah, penolong setiausaha kehormat DPPMS, Encik Abdul Kadir Abdul Hamid, 60 tahun, juga bakal bertanding bagi jawatan naib presiden.

Encik Kadir yang juga pengarah OS Bagus Foodstuff berharap dapat mendekati lebih banyak syarikat Melayu/Islam sekiranya dilantik.

“Dengan pengalaman dalam bidang perniagaan dan juga sebagai anggota jawatankuasa keahlian DPPMS, saya harap saya dapat membantu syarikat-syarikat untuk berkembang menerusi sumber DPPMS yang sedia ada,” kata Encik Kadir.

Bagi Cik Fadilah dan Encik Kadir, ini adalah kali terakhir mereka dapat berkhidmat sebagai anggota lembaga pengarah DPPMS, disebabkan perlembagaan yang mengehadkan penyertaan anggota lebih daripada tiga penggal.

Seorang lagi yang bakal bertanding buat jawatan naib presiden DPPMS adalah Dr Abdul Malik Hassan, 51 tahun, pengasas bersama Crave Nasi Lemak Pte Ltd.

Bercakap bersama Berita Harian (BH) pada Rabu, beliau berkongsi tiga tumpuannya sekiranya dilantik, termasuk menggunakan pengalamannya untuk membantu masyarakat, khususnya dalam selok-belok perniagaan.


“Ramai dalam masyarakat kita tahu berniaga tetapi mereka juga perlu tahu peraturan dalam menjalankan perniagaan di Singapura.

“Kedua, saya ingin membantu peniaga yang mapan untuk berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

“Ketiga, saya harap menerusi peranan sebagai naib presiden, saya dapat mengembangkan lagi jenama DPPMS ke persada dunia,” kata Dr Abdul Malik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >