Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

5 firma baru dalam senarai 20 syarikat paling menarik untuk pekerja

Jun 28, 2023 | 04:47 PM



Senarai 20 syarikat paling menarik di Singapura pada 2023 yang dikeluarkan firma bakat Randstad pada Rabu menampilkan lima wajah baru dan 15 lagi yang sudah tersenarai sejak sekurang-kurangnya setahun lalu.

Konglomerat Amerika, Danaher Corporation; gergasi minyak dan gas, ExxonMobil; rangkaian hospitaliti, Intercontinental Hotels Group; syarikat perkilangan, Emerson Asia Pacific; dan firma perkhidmatan kewangan, JP MorganChase merupakan firma yang baru disenaraikan sebagai antara syarikat paling menarik untuk pekerja di negara ini.

Syarikat yang kekal dalam senarai itu termasuk syarikat Internet, Bytedance; syarikat teknologi, Dyson; dan syarikat penerbangan nasional; Singapore Airlines (SIA).

Senarai itu diumum menjelang majlis Anugerah Jenama Majikan tahunan ke-12 Randstad Singapore, yang kembali setelah ditiadakan selama tiga tahun.

Kajian Jenama Majikan Randstad tahunan itu ialah sebuah kajian bebas yang ditugaskan oleh Randstad dan dikendalikan oleh syarikat data, Kantar TNS.

Seramai 2,753 pekerja dan pencari kerja tempatan telah ditinjau pada Januari. Kajian itu mengukur kesedaran jenama dan daya tarikan jenama syarikat komersial.

Responden dikehendaki menilai pertubuhan berdasarkan 10 perkara seperti ‘gaji dan faedah yang menarik’, ‘keseimbangan pekerjaan-kehidupan’ dan ‘peluang kemajuan kerjaya’.

Pemenang Anugerah Jenama Majikan 2023 Randstad Singapore akan diumumkan pada Julai.

Antara 2020 dan 2022, Randstad Singapore tidak mengumumkan keputusan anugerah itu disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan perang antara Russia dengan Ukraine.

Mengulas mengenai penganjuran semula majlis anugerah tersebut, Pengarah Urusan Pengambilan Kerja Tetap di Randstad Asia Pasifik, Cik Jaya Dass, berkata dunia pekerjaan dan jangkaan bakat telah berubah dengan ketara sejak 2020.

“Pandemik, pergerakan sosial dan kemajuan teknologi serta cabaran alam sekitar telah mengubah cara orang berfikir tentang kerjaya, kesejahteraan dan nilai mereka. Untuk menarik dan mengekalkan bakat terbaik dalam kontrak sosial baru ini, majikan perlu berubah dan menyesuaikan diri kepada aspirasi dan keperluan mereka yang berubah,” katanya.

Dalam kajian yang sama oleh Randstad, sekitar 41 peratus responden berkata mereka berhasrat berhenti kerja “untuk memperbaiki keseimbangan pekerjaan-kehidupan”.

Sekitar 38 peratus pula berkata mereka terdorong untuk berhenti disebabkan oleh “pampasan rendah dan kos sara hidup yang meningkat”.

Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa 79 peratus responden mendapati faedah bukan kewangan adalah penting apabila memilih majikan.

Faedah ini ditakrifkan sebagai inisiatif yang tidak melibatkan pampasan kewangan secara langsung.

Sebaliknya, ia merangkumi faedah tidak ketara yang meningkatkan kepuasan kerja pekerja dan keseimbangan pekerjaan-kehidupan. Ini termasuk mempunyai hubungan di tempat kerja yang baik dengan pengurus dan rakan kerja mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >