Topik diikuti
Pergi ke BHku5 syarikat disyaki langgar Akta Persaingan

Apr 7, 2017 | 5:30 AM
5 syarikat disyaki langgar Akta Persaingan
LIMA syarikat disyaki menetapkan harga dan bertukar-tukar maklumat sulit yang melanggar Akta Persaingan, menurut Suruhanjaya Persaingan Singapura (CCS).
CCS telah mengeluarkan Cadangan Keputusan Pelanggaran terhadap lima syarikat iaitu Panasonic Industrial Devices Singapore dan Panasonic Industrial Devices Malaysia; Rubycon Singapore; Singapore Chemi-con; Nichicon (Singapore); dan Elna Electronics (S).