Topik diikuti
Pergi ke BHku600 peruncit S'pura terima pembayaran melalui WeChat Pay
600 peruncit S'pura terima pembayaran melalui WeChat Pay
600 peruncit S'pura terima pembayaran melalui WeChat Pay
BAKAL DITERIMA DI LEBIH BANYAK TEMPAT: Tanda logo WeChat Pay (kiri) di sebuah kedai di Lapangan Terbang Changi. - Foto REUTERS -
Oct 24, 2018 | 5:30 AM
PELANGGAN yang terlupa membawa dompet mereka apabila berbelanja di Cold Storage, Giant, Guardian dan 7-Eleven tidak lama lagi akan dapat membuat bayaran menggunakan telefon bimbit mereka menerusi WeChat Pay.
Kumpulan runcit setempat Dairy Farm Singapore dan Nets mengumumkan semalam bahawa mereka telah bekerjasama dengan gergasi bayaran elektronik China WeChat untuk menawarkan pelanggan pilihan membuat bayaran dengan khidmat dompet digitalnya di lebih 600 peruncit di Singapura.
