957,605 pelawat kunjungi S'pura pada Feb
Premium
957,605 pelawat kunjungi S'pura pada Feb
Rekod baru sejak pandemik
Mar 11, 2023 | 5:30 AM
957,605 pelawat kunjungi S'pura pada Feb

PALING RAMAI: Perangkaan menunjukkan bahawa Indonesia merupakan sumber utama pelancong untuk bulan ke-11 berturut-turut, dengan seramai 156,444 pelawat pada Februari. - Foto ST -
JUMLAH pelawat antarabangsa yang tiba di Singapura meningkat kepada 957,605 pada Februari, sekali gus mencatatkan rekod baru sejak pandemik, menurut perangkaan terkini daripada Lembaga Pelancongan Singapura (STB).
Ini berbanding dengan 931,652 pengunjung pada bulan sebelumnya, tetapi kekal di bawah 1.7 juta pelawat yang dicatatkan pada Januari 2020, sebelum wabak Covid-19.

