Topik diikuti
Pergi ke BHkuAda niaga menyerah kalah; ada pula menjulang
Gedung beli-belah Robinsons yang sudah operasi lebih 160 tahun di sini antara ucap selamat tinggal namun pasar raya seperti Sheng Siong saksikan penjualan meningkat
Sektor runcit merupakan antara sektor yang terjejas dengan pandemik Covid-19 pada 2020. Ini telah mengakibatkan beberapa kedai yang terpaksa gulung tikar apabila perniagaan tidak dapat bertahan lagi dalam sektor yang sudah pun menghadapi tekanan dan persaingan daripada e-dagang sebelum wabak melanda. Namun, ada juga perniagaan runcit yang bukan sahaja bertahan, bahkan berkembang maju, dengan meraih peluang di tengah-tengah pandemik ini. BERITA HARIAN menyusuri turun naik dalam sektor runcit tahun ini.
TAHUN ini, Singapura mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa jenama runcit, termasuk gedung beli-belah Robinsons, yang beroperasi lebih 160 tahun di sini.
