Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Akses saham patuh syariah di 5 bursa sejagat bagi pelabur SG

Disedia di bawah akaun dagangan pendahuluan tunai baru 'iCash' CGS-CIMB Securities
Jun 24, 2022 | 05:30 AM



PELABUR runcit di Singapura kini boleh mengakses saham patuh syariah di lima bursa sejagat di bawah sebuah akaun dagangan pendahuluan tunai baru.



Dipanggil iCash, ia dilancarkan oleh kumpulan khidmat kewangan CGS-CIMB Securities semalam, dan merupakan akaun dagangan pendahuluan tunai patuh syariah pertama di Singapura.



Pelancaran iCash itu diadakan semasa Simposium Pelaburan Syariah Serantau di Hotel Swissotel The Stamford. Acara itu dihadiri tetamu terhormat, Duta Singapura ke Kuwait dan Duta Khas Menteri Ehwal Luar ke Timur Tengah, Encik Zainul Abidin Rasheed.



Akaun dagangan iCash, yang disepadukan dengan platform iTrade CGS-CIMB, membolehkan pelabur mendapat akses kepada pelbagai produk patuh syariah tersenarai di Bursa Singapura, Bursa Hong Kong, NASDAQ, Bursa Saham New York dan Bursa Saham Amerika.



Pelabur boleh menggunakan iCash untuk memeriksa produk yang sejajar dengan prinsip utama syariah - moral, ketelusan dan keadilan, menurut CGS-CIMB Securities dalam satu kenyataannya semalam.



Di samping itu, pelabur boleh memanfaatkan iCash untuk mencari saham yang sejajar dengan objektif perubahan iklim dunia yang disenaraikan dalam bursa, sekali gus memaksimumkan pertumbuhan modal.



Ketua khidmat pelaburan syariah Singapura, CGS-CIMB Securities, Syed Muhammad Alsagoff, berkata iCash penting dalam barisan produk dan perkhidmatan runcit syarikat itu.



"Dengan penambahan akaun dagangan ini, kami pada dasarnya menawarkan kepelbagaian kepada kedua-duanya, pelanggan runcit sedia ada dan bakal pelanggan, yang membolehkan mereka memenuhi keperluan pelaburan jangka pertengahan dan panjang," kata beliau.



Semalam, CGS-CIMB Securities turut melancarkan akaun iTradeSyariah bagi Indonesia.



iTradeSyariah memberi pelabur runcit akses langsung kepada saham patuh syariah yang disenaraikan dalam Bursa Indonesia, dengan pelabur boleh berdagang saham dengan mudah menggunakan telefon bimbit.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia dan Ketua Kumpulan Khidmat Pelaburan Syariah CGS-CIMB Securities, Cik Ruzi Ajith, berkata pelaburan syariah akan menjadi bahagian penting dalam portfolio runcit serantau syarikat itu.



"Sedang kami meneruskan aspirasi kami hendak menjadi pemimpin Asia dalam pembrokeran saham syariah, kami komited untuk membangunkan kumpulan berdedikasi yang memberi tumpuan untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan patuh syariah kumpulan kami, dan juga merapatkan jurang antara keperluan pelabur runcit dengan inovasi produk," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >