Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ali Abbas sumbang balik kepada pertubuhan Islam, DPPMS

Apr 03, 2022 | 05:30 AM



KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Hospitality Group, Encik Ali Abbas memang cukup rapat dengan masyarakat dan pertubuhan Melayu/Islam.



Beliau menyumbang dari segi tenaga, wang dan kepakaran bagi memberi balik kepada masyarakat kerana beliau percaya ia membawa berkat kepada diri dan perniagaannya serta merupakan amalan di kemudian hari.



"Apabila Allah swt memberikan kita peluang, kita beri balik melalui sedekah. Bukan sahaja ia membawa berkat kepada perniagaannya saya, tetapi ia merupakan amalan saya di akhirat,'' katanya secara jujur.



Justeru apabila pertubuhan Melayu/Islam atau pun masjid-masjid meminta bantuan, beliau sukar menolaknya.



Ini diakui Pengerusi lembaga pemegang amanah Masjid Sultan, Encik Mohamed Salleh Patail, ketika dihubungi yang menyatakan Encik Ali merupakan seorang yang amat murah hati yang sentiasa menyokong kegiatan dan pembangunan prasarana masjid.



Beliau juga menaja 56 jemaah melakukan ibadah umrah setelah menyertai permainan cabutan bertuah ketika menjamu selera di Restoran The Landmark selama tiga tahun sebelum Covid-19.



"Apabila mereka ke Makkah menghadap Kaabah, doa mereka untuk saya sahaja sudah mencukupi. Mungkin itulah jawapan apabila ada yang bertanya bagaimana perniagaan saya boleh berkembang dengan pantas,'' ujarnya.



Dalam bidang perniagaan, Encik Ali menyumbang kepakarannya sebagai anggota pengarah Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) sejak 2017 dan juga ketua kelompok makanan dan minuman (F&B) DPPMS.



Di bawah kepimpinanya, beliau sering menyumbang buah fikiran di samping lokasinya bagi menyediakan tempat bagi kegiatan DPPMS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >