Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Alih kerjaya dari pelaut ke ketua syarikat teknologi

May 03, 2024 | 03:35 PM



Ibarat pantai yang rencam jenis dan rupanya; ada yang berpasir, yang berbatu, yang tenang dan tidak kurang pula yang bergelombang, industri maritim yang luas dan dinamik di Singapura menawarkan pelbagai pekerjaan – bukan sekadar pelayaran.

Demikian kata-kata pembuka bicara Encik Norhakim Mohamed Sanwan, 32 tahun, yang pernah belayar di atas kapal lebih sedekad dari 2011 hingga 2022.

Selepas berumah tangga dan menimang cahaya mata lelaki, Encik Norhakim mendamba meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya.

“Saya kerap berjauhan dari keluarga kerana asyik belayar. Kontrak terpendek saya biasanya selama kira-kira lima bulan, manakala kontrak paling lama sekitar 10 bulan.

“Ada satu seketika sebelum saya belayar, anak saya masih belum boleh berjalan... tetapi apabila saya pulang, dia sudah boleh berlari.

“Itulah tempoh masa yang saya hilang. Saya tidak dapat melihat dengan mata saya sendiri bayi saya mengambil langkah pertamanya,” jelasnya.

Selain mahu meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga, Encik Norhakim juga tidak mahu mengambil pilihan tradisional selepas mendapat Sijil Kecekapan (COC) Pegawai Jurutera Marin Tanpa Had Kelas 1.

Daripada kekal sebagai pelaut, beliau memutuskan untuk mengasaskan syarikat teknologi pemula atau start-up, Mascon Technologies, pada 2022.


Dengan bantuan pengasas bersama dan ketua pegawai teknologi syarikat itu, Encik Martin Kruusement, mereka mencipta penyelesaian digital bagi menyelaraskan aliran kerja pelaut lain.

“Selepas saya mendapat COC Kelas 1, laluan kerjaya saya sudah terbentang di hadapan saya, ia sangat mudah. Tetapi saya tidak suka laluan tradisional, saya mahu melakukan sesuatu yang berbeza. Anda perlu ada keunikan untuk mengubah industri,” ujar Encik Norhakim.

Peralihan kerjaya Encik Norhakim hanyalah satu contoh bahawa terdapat kepelbagaian pekerjaan dalam industri maritim Singapura, termasuk dalam pendigitalan dan penyahkarbonan.

Ini seperti yang dipamerkan oleh Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam kempen Sea the Difference baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >