Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Amazon rancang berhentikan lebih 18,000 pekerja

Jan 05, 2023 | 05:55 PM

LOS ANGELES: Amazon.com merancang memberhentikan lebih 18,000 pekerja, jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding yang dirancang sebelum ini.
Langkah itu juga menandakan kelembapan yang semakin teruk dalam sektor teknologi.

Jumlah itu juga merupakan jumlah terbesar pekerja yang dirancang diberhentikan sebuah syarikat teknologi besar sejauh ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Encik Andy Jassy, mengumumkan langkah itu menerusi e-mel kepada kakitangan syarikat itu pada Selasa (4 Jan).

Pemberhentian kerja di syarikat teknologi tersebut, yang bermula tahun lalu, sebelum ini dijangka menjejas sekitar 10,000 orang. 

Encik Jassy berkata syarikat itu merancang mula berbincang langkah tersebut dengan pekerja yang terjejas pada 18 Januari.

Pemberhentian pekerja di Amazon tertumpu kepada pekerja korporat syarikat itu, kebanyakannya pekerja dalam divisyen runcit dan mereka yang menjalankan fungsi kerja sumber manusia.

“Amazon telah mengharungi ekonomi yang tidak menentu dan sukar sebelum ini, dan kami akan terus melakukan demikian.
“Perubahan ini akan membantu kami menceburi peluang jangka panjang kami dengan struktur kos yang lebih kukuh,” ujar Encik Jassy.

Di Singapura, Amazon mempunyai sekitar 2,000 pekerja sepenuh masa dan sambilan hingga Oktober 2021. – Agensi berita.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3