Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amerika Syarikat hadapi kemelesetan selepas ekonomi berkembang 128 bulan

Jun 9, 2020 | 12:45 PM
KEADAAN BERUBAH: Amerika Syarikat kini menghadapi kemelesetan ekonomi selepas ia berkembang selama 128 bulan sebelum berakhir pada Februari lalu. Kelihatan bulan penuh pada Mei lalu, dikenali sebagai Bulan 'Bunga Mengambang' yang berlaku pada 7 Mei lalu dan dapat dilihat dari pelabuhan New York dengan Patung Liberty seakan mencapai bulan tersebut.
KEADAAN BERUBAH: Amerika Syarikat kini menghadapi kemelesetan ekonomi selepas ia berkembang selama 128 bulan sebelum berakhir pada Februari lalu. Kelihatan bulan penuh pada Mei lalu, dikenali sebagai Bulan 'Bunga Mengambang' yang berlaku pada 7 Mei lalu dan dapat dilihat dari pelabuhan New York dengan Patung Liberty seakan mencapai bulan tersebut. - - Foto: AFP

WASHINGTON: Ekonomi Amerika Syarikat mencapai kemuncaknya pada Februari lalu sebelum mengalami kemelesetan yang mengakhiri 128 bulan pengembangan ekonomi akibat penularan koronavirus, menurut sebuah jawatankasa yang menentukan kedudukan itu, semalam.

Kemelesetan biasanya ditakrifkan oleh penurunan aktiviti ekonomi selama beberapa bulan, menurut Jawatankuasa Tempoh Kitaran Perniagaan yang merupakan sebahagian daripada Biro Penyelidikan Ekonomi Nasional (NBER), sebuah pertubuhan penyelidikan bukan keuntungan dan tidak berpihak di Amerika.

Namun, "Penurunan besar dalam pekerjaan dan pengeluaran, dan jangkauannya yang meluas di seluruh ekonomi, menghendaki keadaan ini dianggap sebagai kemelesetan," kata jawatankuasa itu.

Data pemerintah menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat menguncup sebanyak 4.8 peratus pada suku pertama, walaupun sebahagian besar penutupan di seluruh negara tidak berlaku sehingga dua minggu terakhir tempoh tersebut.

Ia mengakhiri pengembangan ekonomi paling lama Amerika Syarikat sejak 1854, kata NBER, dan kemerosotan ini mempunyai ciri yang berbeza daripada kelembapan yang dihadapi sebelumnya. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg