Walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke Korea, suasana indah yang sering ditonjolkan mengenai negara itu telah mencetuskan impian Cik Nurul Husna, 25 tahun, untuk membuka kafenya sendiri dengan unsur-unsur Korea.

Bagi merealisasikan impiannya, beliau memilih melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan Kulinari dan Katering di Politeknik Temasek.