Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak lelaki taikun kelahiran Indonesia beli banglo Fernhill Road $21j

Dec 2, 2024 | 1:34 PM
Banglo Fernhill Road terletak di atas tanah seluas 8,238 kaki persegi dan di luar Kawasan Banglo Kelas Baik (GCB), memenuhi kriteria pembelian oleh Penduduk Tetap (PR) Singapura.
Banglo Fernhill Road terletak di atas tanah seluas 8,238 kaki persegi dan di luar Kawasan Banglo Kelas Baik (GCB), memenuhi kriteria pembelian oleh Penduduk Tetap (PR) Singapura. - Foto GOOGLE MAPS

Anak sulung taikun kelahiran Indonesia, Encik Sukanto Tanoto, telah membeli sebuah banglo lama di Fernhill Road dengan harga $21 juta.

Harga tersebut bersamaan dengan $2,549 setiap kaki persegi untuk kawasan tanah pegangan bebas seluas 8,238 kaki persegi. 

Banglo dua tingkat itu, yang terletak berhampiran dengan Kawasan Banglo Kelas Baik (GCB) Nassim Road, berada dalam zon yang ditetapkan untuk perumahan bertanah campuran tiga tingkat, yang membenarkan pembangunan perumahan teres dan banglo.

Pengamat pasaran menjangka pembeli, Encik Andre Tanoto, yang berusia 40-an tahun, akan membina sebuah banglo baru di tapak tersebut untuk didiami sendiri, lapor The Business Times.

Beliau Penduduk Tetap (PR) Singapura.

Seorang warga negara Indonesia, beliau terlibat dalam perniagaan ekuiti swasta dan pengurusan dana, berdasarkan carian di portal Handshakes.

Beliau satu-satunya daripada empat anak lebih tua Encik Sukanto, yang tidak berada dalam lembaga pengurusan eksekutif Royal Golden Eagle (RGE), kumpulan yang diasaskan oleh bapanya. 

Kumpulan yang mempunyai ibu pejabat di Singapura itu mempunyai kepentingan dalam industri palpa dan kertas, minyak sawit, serta pembangunan tenaga, antara perniagaan lain.

Menurut lamat web kumpulan tersebut, anak perempuan Encik Sukanto, Cik Imelda dan Cik Belinda, serta anak lelaki bongsu, Encik Anderson, merupakan pengarah urusan RGE.

Keempat-empat adik-beradik itu turut berada dalam lembaga pemegang amanah badan amal keluarga, Yayasan Tanoto.

Perniagaan pelaburan dan pembangunan hartanah milik persendirian keluarga Tanoto, Pacific Eagle Real Estate, membeli pusat beli-belah Tanglin Shopping Centre dengan pegangan bebas pada harga $868 juta melalui jualan kolektif pada 2022.

Ia turut membangunkan hotel Mondrian Singapore Duxton.

Pembelian rumah berhalaman di Singapura oleh warga asing – termasuk PR Singapura– adalah terhad.

Pembeli seperti itu perlu mendapatkan kebenaran daripada Unit Kelulusan Urusan Tanah (LDAU).

Di Singapura, pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria untuk diberikan kebenaran, termasuk menjadi PR sekurang-kurangnya selama lima tahun dan memberikan sumbangan ekonomi yang luar biasa kepada negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg