Anak syarikat CapitaLand tembusi pasaran Amerika Selatan
Premium
Anak syarikat CapitaLand tembusi pasaran Amerika Selatan
Apr 5, 2017 | 5:30 AM
JENAMA SINGAPURA DI BRAZIL: Apartmen Servis jenama Citadines VN Faria Lima di Sao Paulo dijangka siap pada 2020. - Foto THE ASCOTT LTD -
SYARIKAT apartmen servis The Ascott Ltd, sebuah anak syarikat CapitaLand, menembusi pasaran Amerika Selatan setelah ia memeterai perjanjian francais bagi menguruskan dua apartmen servis di Sao Paolo, Brazil.
Vitacon, sebuah syarikat pemaju hartanah utama di Sao Paulo, akan memfrancais dan mengendalikan apartmen 92 unit Citadines VN Jardins Sao Paulo dan 122 unit Citadines VN Faria Lima Sao Paulo.

