BANTU KEMBANG NIAGA: Empat rakan niaga (dari kiri) Khairudin Shamsudin, Shafrizal Sharif, Asmarelda Asmar Indra dan Zakarihya Yahya dari syarikat Filloz Furniture dan Bougainvilla Wedding Services akan menganjurkan Bou@Filloz Flea Mart yang membuka peluang untuk 50 peniaga kecil-kecilan turut serta di acara 'pasar lambak' yang diadakan di Wisma Geylang Serai pada 20, 21 dan 22 Oktober ini. -
USAHA MULA: Anjuran pasar lambak Fleamart Bou@Filloz yang diadakan di 47 Kaki Bukit Road 2 pada 25 September lalu mendapat sambutan baik yang mendorong Khairudin dan tiga rakan peniaga untuk mengadakannya di Wisma Geylang Serai dengan penyertaan lebih ramai penjaja. - Foto-foto ihsan KHAIRUDIN SAMSUDIN -

SAMBUTAN baik orang ramai yang berduyun-duyun melanggani ratusan gerai menjual makanan dan produk dagangan di bazar dan tapak dagangan seperti di Singapore Expo semasa pascapandemik ini telah menyuntik semangat personaliti Khairudin Samsudin dan tiga usahawan muda menggembleng tenaga dan menganjurkan acara serupa.
Namun, sedang penganjur lain mengetengahkan peniaga dari kalangan artis seberang Tambak atau peniaga kecil dan musiman yang aktif berniaga di tapak-tapak bazar, Khairudin dan rakan niaganya pula lebih terdorong menampilkan peniaga kecil-kecilan atau juga disebut 'pengusaha mikro' yang berniaga dari rumah (HBB) atau 'home-based business' di pasar lambak atau 'flea mart' yang akan diadakan selama tiga hari bermula 20 Oktober ini di Wisma Geylang Serai (WGS).