Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Anugerah Impak Kemampanan rai cara baru jalankan perniagaan: Grace Fu

Aug 03, 2023 | 03:04 PM



Sepuluh individu dan perusahaan mendapat pengiktirafan kerana menunjukkan kepimpinan teladan dalam kemampanan di Anugerah Impak Kelestarian 2023 yang diadakan buat julung-julung kalinya, anjuran bersama UOB dan The Business Times (BT).

Anugerah itu mengiktiraf dan meraikan individu dan perniagaan yang memberi kesan positif ketara terhadap persekitaran dan kesejahteraan masyarakat melalui inisiatif kemampanan mereka.

Syarikat telekomunikasi, Singtel, perusahaan sosial The Social Kitchen dan pejuang kemampanan makanan Encik Preston Wong adalah pemenang Anugerah Impak Kelestarian.

Singtel dinobatkan sebagai Perusahaan Impak Tahun Ini bagi kategori Perusahaan Besar kerana usaha cemerlangnya dalam mempertingkatkan masyarakat menerusi pendigitalan, inovasi, pembangunan kapasiti dan kedermawanan.

The Social Kitchen juga menerima anugerah sama bagi kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME). Ia memberi sokongan komuniti yang luar biasa melalui sumbangan makanan, dan memperkasa individu yang kurang bernasib baik dan terpinggir dengan peluang latihan dan pekerjaan.

Encik Wong dinobatkan sebagai Pemimpin Tahun Ini. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama syarikat permulaan kemampanan, Encik Wong telah menyokong pengurangan sisa makanan di Singapura, dan meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu kemampanan makanan.

Penternak lebah dan pemilik The Sundowner, Encik Clarence Chua, dinobatkan Anugerah Kecemerlangan Pemimpin Impak.

Tiga lagi perusahaan besar lain – CapitaLand Group, City Developments Limited, dan ENGIE Asia Tenggara – dan tiga lagi SME – Kaer, MINDSET dan Speco – juga diberi Anugerah Kecemerlangan Perusahaan Impak bagi pelbagai inisiatif kemampanan mereka.

Anugerah tersebut dilancarkan pada Februari untuk mengiktiraf individu dan korporat di Singapura yang menunjukkan kepimpinan dan advokasi mereka dalam mewujudkan impak positif kepada alam sekitar dan masyarakat. Pusat Tadbir Urus dan Kemampanan di Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura merupakan rakan kongsi ilmu untuk anugerah tersebut.

Di majlis anugerah di Hotel The Fullerton pada Khamis, tetamu terhormat, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata anugerah itu meraikan mereka yang meneroka dan menunjukkan yang lain “cara baru buat perniagaan”.

“Anugerah itu bukan satu lagi anugerah sahaja, bukan trofi untuk dipamer di rak. Jika itu berlaku, kesannya tidak akan bertahan...

“Ia perlu mewakili cara baru membuat perniagaan, sebagai visi cerah untuk melakukan perniagaan yang bermakna, dengan pemimpin berfikir melangkaui laporan pendapatan suku seterusnya, mengekalkan perniagaan untuk dekad-dekad mendatang dan meninggalkan kesan, warisan yang berkekalan pada masa depan,” kata Cik Fu yang juga bercakap tentang bagaimana kemampanan “menjadi arus perdana” dalam perniagaan.

Editor BT, Cik Chen Huifen, berkata bahawa memandangkan kemampanan bukan agenda baru, BT mahu mengiktiraf pelbagai usaha yang telah memberi kesan pada perihal Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Kami mahu menggalakkan setiap orang meneruskan usaha baik mereka dan memberi kesan positif kepada persekitaran dan masyarakat,” kata beliau.

Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif UOB, Encik Wee Ee Cheong, berkata pihaknya komited dan akan terus merangsang perubahan.

“Kami harap anugerah-anugerah ini akan menggalakkan lebih ramai lagi untuk meningkatkan dan memacu pembangunan mampan,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >