Anugerah tanda mula untuk syarikat terus kembang
Premium
Anugerah tanda mula untuk syarikat terus kembang
Pengarah Urusan syarikat Enercon Asia juga dinobat pemenang anugerah Usahawan Lelaki Terbaik DPPMS
Oct 27, 2022 | 5:30 AM
Anugerah tanda mula untuk syarikat terus kembang
LEBARKAN SAYAP: Pengarah Urusan Enercon Asia, Encik Azhar Othman, mahu memperkukuh syarikatnya terlebih dahulu sebelum "pergi lebih jauh". - Foto BH oleh KHALID BABA -
Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dalam satu majlis baru-baru ini telah menyampaikan enam kategori anugerah kepada peniaga Melayu/Islam Singapura yang kekal berdaya tahan dan menyesuaikan diri dalam mengharungi tempoh mencabar pandemik Covid-19. BERITA HARIAN mengongsi kisah dan pengalaman dua peniaga yang telah memenangi anugerah Usahawan Terbaik tahun ini.
PANDEMIK Covid-19 sedikit sebanyak telah menjejas Pengarah Urusan syarikat Enercon Asia, Encik Azhar Othman, dalam mengendalikan perniagaannya, terutama yang berada di luar negara.

