Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aplikasi Wise bolehkan pelawat di S’pura imbas, bayar

Mar 7, 2024 | 5:44 PM
Singapura akan menjadi negara pertama mendapat ciri, ‘imbas untuk bayar’ Wise, diikuti pasaran lain.
Singapura akan menjadi negara pertama mendapat ciri, ‘imbas untuk bayar’ Wise, diikuti pasaran lain. - Foto WISE

Pelawat ke Singapura tidak lama lagi boleh menggunakan aplikasi e-dompet berbilang mata wang, Wise, untuk mengimbas dan membayar pembelian barangan dan perkhidmatan di sini.

Syarikat teknologi kewangan, atau fintech, itu menyatakan pada 7 Mac ia dihubungkan dengan rangkaian PayNow, yang membolehkan pengguna membuat bayaran kod QR melalui aplikasi Wise kepada beribu-ribu peniaga, sebaik sahaja ciri baru tersebut disediakan dalam beberapa bulan akan datang.

Singapura akan menjadi negara pertama mendapat ciri ‘imbas untuk bayar’ Wise, diikuti pasaran lain, lapor akhbar, The Straits Times (ST).

Prosesnya sama seperti aplikasi pembayaran berbilang mata wang yang lain.

Dana akan dipotong daripada akaun Wise milik pelanggan – sama ada daripada baki wang dalam dolar Singapura, atau ditukar daripada mata wang lain pada kadar pertengahan pasaran, yang biasanya boleh didapati melalui carian Google.

Aplikasi tersebut akan menunjukkan setiap bayaran yang dikenakan dan jumlah akhir yang perlu dibayar, sebelum pengguna mengesahkan bayaran itu.

Wise sudah pun menawarkan kad debit yang berfungsi dengan cara yang sama.

Ia telah mengeluarkan lebih empat juta kad debit di seluruh dunia dan memproses sekitar 33 juta transaksi sebulan.

Ketua pengembangan Asia-Pasifik dan pengurus negara Singapura Wise, Encik Shrawan Saraogi, berkata langkah tersebut akan membolehkan pelawat dan pelancong membuat bayaran di tempat seperti pusat penjaja, yang biasanya tidak menerima pembayaran kad.

Kedai sedemikian sudah pun menawarkan pelbagai pilihan bayaran kod QR, namun ia dikuasai aplikasi perbankan dan pemain fintech yang pada umumnya memenuhi keperluan pelanggan yang menetap di sini.

“Terdapat tempat, terutamanya di Singapura dan tempat lain di Asia Tenggara, yang mana QR menjadi cara biasa untuk membuat bayaran.

“Terdapat juga tempat yang tidak menerima kad, tetapi menerima bayaran QR,” kata Encik Saraogi.

Institusi kewangan bukan bank dapat menggunakan PayNow sejak Februari 2021, mengakibatkan persaingan lebih sengit dalam perniagaan e-dompet.

Pada April 2023, syarikat Ant Group dari China mengumumkan bahawa pelancong di Singapura boleh membuat bayaran kod QR melalui Alipay+ di sekitar 11,000 gerai pusat penjaja, kedai kopi dan pasar basah di sini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg