Ada soalan mengenai pelaburan? Tanya pakar kami, Perancang Kewangan Bertauliah dan Pengarah, Pengurusan Kekayaan (Ekonomi & Strategi Pasaran) Financial Alliance Pte Ltd, Encik Sani Hamid.
Soalan: Apakah beberapa cara yang boleh saya manfaatkan wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) saya pada usia 55 tahun dengan sebaiknya supaya saya ada simpanan mencukupi untuk persaraan?
Jawapan: Bagi wang CPF anda, anda perlu ketepikan Jumlah Persaraan Penuh (FRS) dan setelah itu, anda boleh keluarkan wang anda.
Namun, bergantung pada sama ada anda mempertingkatkan jumlah persaraan itu atau tidak, FRS itu sendiri mungkin tidak mencukupi untuk persaraan.
Disebabkan kos sara hidup, ia tidak mencukupi.
Jika anda mempunyai wang yang boleh anda keluarkan daripada CPF pada usia 55 tahun, maka nasihatnya adalah untuk menambah simpanan persaraan anda dan membuat pelaburan yang dapat memberikan anda pembahagian keuntungan dan dividen.
Pada usia 55 tahun, anda pada dasarnya sudah hampir mencapai persaraan.
Anda mungkin bekerja lagi 10 atau 15 tahun.
Namun, wang pendapatan anda itu mungkin perlu digunakan untuk membayar hutang atau simpanan persaraan anda.
Jika anda ada wang yang boleh dilaburkan, saya fikir anda boleh dapatkan nasihat seorang penasihat kewangan yang dapat duduk berbincang bersama anda dan menentukan jenis produk pelaburan yang sesuai untuk seseorang yang dalam situasi anda.
Jika anda mempunyai soalan mengenai pelaburan atau kewangan, e-mel kepada atiyyahm@sph.com.sg.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg