Aset
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gabung CPF LIFE, saham, agar wang persaraan cukup

Jul 20, 2025 | 5:00 AM
sani hamid
Perancang Kewangan Bertauliah dan Pengarah, Pengurusan Kekayaan (Ekonomi & Strategi Pasaran) Financial Alliance Pte Ltd, Encik Sani Hamid. - Foto fail

Ada soalan mengenai pelaburan? Tanya pakar kami, Perancang Kewangan Bertauliah dan Pengarah, Pengurusan Kekayaan (Ekonomi & Strategi Pasaran) Financial Alliance Pte Ltd, Encik Sani Hamid.

Soalan: Saya telah bersara dan kini menetap di rumah milik sendiri yang telah habis dibayar. Saya mempunyai caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan sedikit wang simpanan. Apakah cara terbaik untuk memastikan wang ini cukup sepanjang hayat saya?

Jawapan: Jika anda telah menyertai skim CPF LIFE, ia merupakan langkah penting kerana ia akan memberi pendapatan bulanan sepanjang hayat anda.

Skim ini direka khusus bagi memastikan pesara menerima aliran pendapatan tetap tanpa had umur.

CPF LIFE ialah anuiti insurans seumur hidup yang menyediakan anda pembayaran bulanan dari usia 65 tahun ke atas tanpa mengira jangka hayat anda.

Apabila anda menyertai CPF LIFE, premium CPF LIFE akan ditolak daripada Akaun Persaraan (RA) anda dan akan terus meraih faedah.

Faedah yang diraih daripada simpanan CPF LIFE anda turut dipertimbangkan dalam pembayaran bulanan, membolehkan anda menerima jumlah pembayaran lebih tinggi, sejak dari awal lagi.

Selain CPF LIFE, anda juga boleh mempertimbangkan pelaburan yang memberikan pulangan dalam bentuk dividen secara berkala, sama ada bulanan, setiap enam bulan atau setiap tahun.

Ini termasuk saham-saham tertentu atau dana unit amanah yang mempunyai rekod pembayaran dividen yang konsisten.

Selagi syarikat atau dana tersebut terus memberikan dividen, anda boleh menikmati aliran tunai berterusan.

Pendekatan ini, gabungan pendapatan tetap daripada CPF LIFE dan hasil dividen, boleh membantu memastikan wang anda bertahan sepanjang hayat, sambil memberi fleksibiliti dan ketenangan dalam pengurusan kewangan persaraan anda.

Jika anda mempunyai soalan mengenai pelaburan atau kewangan, e-mel kepada atiyyahm@sph.com.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg