Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Aturan baru ditetap kurangkan risiko dakwaan palsu inisiatif hijau

Dec 04, 2023 | 02:30 PM



Singapura telah menetapkan kriteria baru untuk bank dan institusi kewangan dalam usaha meningkatkan ‘mitigasi iklim’, iaitu mencegah perubahan iklim yang semakin buruk dalam lapan sektor utama.

Kriteria baru itu menyentuh mengenai pembiayaan kegiatan perniagaan hijau dan kegiatan peralihan, yang pada masa ini masih belum hijau tetapi berada di laluan untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih.

Ini akan mengurangkan risiko ‘pencucian hijau’ atau ‘pencucian peralihan hijau’ oleh pihak bank serta institusi kewangan dan memastikan kegiatan peralihan dapat memenuhi kriteria hijau dengan peredaran masa, lapor The Straits Times (ST).


Pencucian hijau ialah istilah yang digunakan perniagaan untuk mendakwa produk mereka mesra alam, namun realitinya ia kurang daripada yang didakwa dari segi kemampanan.

Taksonomi Singapura-Asia telah dilancarkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada 3 Disember pada sidang iklim COP28 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berlangsung di Dubai.

Bercakap pada majlis pelancaran di Singapore Pavilion, Pengarah Urusan MAS, Encik Ravi Menon, berkata:

“Dunia bukan sahaja memerlukan kewangan hijau untuk panel suria dan ladang angin. Ia memerlukan pembiayaan peralihan (hijau) yang memberi sokongan pembiayaan untuk perniagaan dan sektor yang belum begitu hijau, agar dapat menerapkan teknologi lebih bersih, meningkatkan kecekapan tenaga dan menjadi lebih hijau dengan peredaran masa.”

Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, yang turut berada pada majlis pelancaran itu, berkata pemerintah bersedia memberi modal pemangkin sebagai sebahagian daripada platform kewangan campuran bernilai AS$5 bilion ($6.7 bilion) untuk menyalurkan pembiayaan yang amat diperlukan ke arah menghijaukan rantau ini.

Menurut ST, modal pemangkin tersebut boleh diberikan dalam bentuk geran dan pinjaman dengan kadar faedah lebih rendah. Ini pula akan membantu menarik modal komersial.

Mengenai taksonomi, yang dirangka selepas beberapa pusingan rundingan, ia meliputi lapan sektor iaitu: tenaga; perindustrian; penangkapan dan penyimpanan karbon; pertanian dan perhutanan; pembinaan dan hartanah; ekonomi sisa dan pekeliling; teknologi maklumat dan komunikasi; serta pengangkutan.

Menurut satu kenyataan MAS, usaha mentakrifkan peralihan, terutamanya penting di Asia – di mana terdapat usaha peralihan progresif ke arah ekonomi sifar bersih, di samping pembangunan ekonomi, pertumbuhan penduduk dan permintaan tenaga yang meningkat.

Usaha menjelaskan mengenai pembiayaan mampan dan pembiayaan peralihan hijau, juga akan membantu mengurangkan risiko ‘pencucian hijau’ atau ‘pencucian peralihan hijau’, kerana institusi kewangan dapat mengenal pasti dan mendedahkan bagaimana kegiatan yang menerima pembiayaan mereka dan produk berlabel mereka, seiring dengan taksonomi, jelas kenyataan itu.

Kegiatan peralihan, contohnya, pemansuhan loji jana kuasa arang batu secara berperingkat, masih belum memenuhi ambang hijau ketika ini.

Bagaimanapun, ia berada di laluan untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih, atau menyumbang kepada hasil sifar bersih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >