Premium
Badan kawal persaingan tarik balik sekatan ke atas Grab
Grab kini bebas tukar dasar kadar tambang dan komisen pemandu
Nov 21, 2020 | 5:30 AM
SEKATAN DITARIK BALIK: Grab pada September 2018 dikenakan sekatan antaranya daripada mengubah sistem tambang selepas pergabungan dengan Uber didapati menjejas persaingan. - Foto fail -
SURUHANJAYA Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) telah menarik balik langkah dikenakan terhadap syarikat penyewa kenderaan swasta, Grab, menyusuli pergabungannya dengan Uber pada September 2018.
Dalam kenyataannya semalam, CCS berkata ia mengambil langkah itu selepas satu rangka kerja pengawalan pengangkutan (P2P) dilaksanakan sejak 30 Oktober lalu.

