Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Abu Bakar dijangka jawat Presiden DPPMS baru

May 18, 2023 | 09:23 PM



Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan usahawan, Encik Abu Bakar Mohd Nor merupakan calon tunggal yang akan bertanding untuk jawatan Presiden dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) DPPMS pada 1 Jun nanti. 

Ini sekaligus bermakna beliau bakal menggantikan tempat Presiden sekarang, Encik Farid Khan, yang akan mengundurkan diri selepas penggal perkhidmatannya berakhir. 

Menurut kenyataan DPPMS pada Khamis, lebih 20 calon akan berentap untuk jawatan dalam lembaga pengarah semasa AGM yang ke-64 itu nanti. 

Lebih separuh daripada 24 calon itu merupakan pertama kali bertanding, kata DPPMS. 

“Barisan calon terdiri daripada individu berjaya yang menunjukkan kemahiran kepimpinan cemerlang dan mempunyai kaitan dengan perniagaan yang berjaya di dalam dan luar negara. 

“Ramai calon ini memegang jawatan sebagai pengarah atau pengarah urusan di syarikat masing-masing, mencerminkan keupayaan mereka dalam mendorong pertumbuhan dan inovasi,” ujar kenyataan DPPMS itu. 

Menjelaskan tentang penamaan calon Encik Abu Bakar, DPPMS berkata pengalaman luas beliau dalam bidang perniagaan sebagai pengerusi syarikat teknologi kewangan serantau, FIN (S.E) Asia Pte Ltd, menempatkan beliau sebagai calon yang mantap untuk jawatan presiden itu. 

Pencalonan beliau itu tidak mempunyai saingan. 

Satu lagi jawatan yang tidak disaing, ialah jawatan Timbalan Presiden.

Calon tunggal dinamakan ialah Naib Presiden 2 sekarang, yang juga pemilik Enercon Asia Pte Ltd, Encik Azhar Othman yang telah menunjukkan pengetahuan industri yang luas di samping ciri kepimpinan yang baik. 

Menurut kenyataan itu, dua jawatan lain juga mempunyai calon tunggal – setiausaha kehormat, yang bakal diisi oleh Encik Iman Yusoff, pemilik Indobox Asia Pte Ltd manakala peranan bendahari kehormat, kemungkinan besar dijawat oleh Encik Shamir Wahid, dari Finesse Advisory Pte Ltd. Jawatan pengerusi tetap turut dipegang terus oleh Encik Suhaimi Salleh, pengasas SSA Academy Pte ltd, ekoran tiada persaingan bagi peranan itu. 

Sementara itu, empat jawatan lain bakal dipertandingkan. 

Ini termasuk jawatan naib presiden, penolong setiausaha kehormat dan penolong bendahari. 

“Hasil keputusan AGM ini bukan hanya menentukan individu yang akan memegang peranan penting ini tetapi juga membentuk masa depan DPPMS.

“Ia adalah masa yang sangat menarik untuk calon yang beraspirasi menunjukkan keupayan mereka dan menyumbang kepada kejayaan berterusan pertubuhan ini,” jelas DPPMS. 

Para anggota DPPMS boleh mengesahkan kehadiran mereka dalam AGM ini sebelum 26 Mei. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >