Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Banglo di Bukit Timah milik usahawan dijual pada harga hampir $26.5 juta

Nov 23, 2023 | 05:04 PM



Sebuah Banglo Kelas Baik (GCB) di Bukit Timah milik pengasas firma dagangan minyak Hin Leong Trading, Lim Oon Kuin, yang lebih dikenali sebagai O.K. Lim, telah dijual pada harga hampir $26.5 juta kepada sebuah keluarga Singapura.

Harga bagi banglo dua tingkat di kawasan utama GCB di First/Third Avenue itu ialah sekitar $1,818 setiap kaki persegi (psf).

Menurut laporan The Straits Times (ST), banglo pegangan bebas itu dipasarkan melalui tender awam pada harga $30 juta pada September.


Pengarah eksekutif pasaran modal di firma runding cara hartanah Knight Frank Singapore, Cik Mary Sai, yang enggan mendedahkan identiti pembeli banglo itu, berkata:

“Keluarga ini menyukainya kerana lokasinya dan ia sangat dekat dengan pelbagai kemudahan di kawasan Orchard Road. Mereka membelinya untuk penginapan sendiri.”

Banglo itu terletak dekat stesen MRT Sixth Avenue dan pelbagai kemudahan seperti One Holland Village yang bakal siap, Tanglin Mall dan Pusat Perubatan dan Hospital Gleneagles.

Ini hartanah kedua daripada beberapa hartanah di Singapura yang dikenakan perintah pembekuan oleh Mahkamah Tinggi bagi aset keluarga Lim.

Menurut ST, ia difahamkan bahawa 50 peratus saham Lim dalam banglo di Third Avenue yang dimiliki bersama anaknya, Evan Lim Chee Meng, tertakluk kepada perintah mahkamah itu untuk mendapatkan balik hutang AS$3.5 bilion (S$4.8 bilion) daripada firma dagangan minyak itu yang telah gulung tikar.


Lim menghadapi 130 tuduhan jenayah melibatkan AS$2.7 bilion bagi penipuan pinjaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >