SETELAH meninggalkan anak syarikat Keppel sebagai Pengarah Urusan (Gas dan Kapal Khusus) Keppel Offshore & Marine, Encik Abu Bakar Mohd Nor, 55 tahun, mengorak langkah membangunkan perniagaannya dalam beberapa bidang teknologi terkini.

Baru-baru ini, pemenang Anugerah Jauhari Berita Harian (BH) 2017 membentuk syarikat teknologi kewangan (fintech), Fin (S.E) Asia Pte Ltd.