Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bank dijangka tidak kurangkan kadar faedah pinjaman rumah pada 2024

Jan 29, 2024 | 5:25 PM
Tiga bank tempatan yang memberi pinjaman itu, iaitu, bank UOB, DBS dan OCBC, tidak akan tergesa-gesa menurunkan kadar faedah pinjaman rumah.
Tiga bank tempatan yang memberi pinjaman itu, iaitu, bank UOB, DBS dan OCBC, tidak akan tergesa-gesa menurunkan kadar faedah pinjaman rumah. - Foto BT

Keadaan ekonomi tidak menentu secara berterusan dan kos kian meningkat mungkin menghalang bank Singapura daripada mengurangkan kadar faedah pinjaman rumah pada 2024.

Ini walaupun Bank Simpanan Federal (Fed) Amerika dijangka mengurangkan kadar faedah penanda arasnya sekurang-kurangnya tiga kali tahun ini.

Walaupun kadar faedah pinjaman rumah diramal diturunkan sedikit sejajar dengan jangkaan pemotongan kadar faedah Fed, penganalisis berpandangan bank di sini mungkin membuat tahap pelarasan berbeza-beza, dalam usahanya mencapai profil risiko dan pulangan lebih baik, lapor The Business Times (BT).

Pengarah bersekutu syarikat broker gadai janji Redbrick Mortgage Advisory, Encik Clive Chng, berkata bank dijangka terus menetapkan harga lebih baik di tengah-tengah keadaan tidak menentu di seluruh dunia dan kadar faedah yang sering turun naik.

Penetapan kadar faedah itu bukan sahaja mencerminkan pasaran kompetitif, malah menunjukkan usaha mencapai keseimbangan antara risiko dengan pulangan, katanya sambil menyatakan bank tempatan sentiasa mengambil pendekatan berhemah dan strategik berhubung kadar faedah pinjaman.

Penganalisis kredit Bloomberg Intelligence, Cik Rena Kwok, dan penganalisis industri, Encik Ken Foong, juga menjangka tiga bank tempatan yang memberi pinjaman itu, iaitu, bank UOB, DBS dan OCBC, tidak akan tergesa-gesa menurunkan kadar faedah pinjaman rumah.

Walaupun bank cuba mengekalkan bahagian pasaran masing-masing, kadar faedah pinjaman rumah ketika ini masih menawarkan risiko dan pulangan yang lebih baik, menurut penganalisis itu.

Bagaimanapun, pengarah eksekutif di firma konsultasi gadai janji, MortgageWise.sg, Encik Darren Goh, berpandangan pinjaman rumah adalah komoditi bagi bank, dan kadar faedahnya amat penting untuk pihak bank mengekalkan bahagian pasaran dan mencapai sasaran.

Menurutnya, bank pada mulanya mungkin tidak akan mengurangkan kadar faedah pinjaman rumah. Bagaimanapun, ia biasanya tidak melebihi tempoh dua bulan sebelum perang harga bermula dalam kalangan bank yang bersaing menurunkan kadar faedah.

Penganalisis DBS, Cik Lim Rui Wen, menarik perhatian terdapat persaingan sengit dalam menetapkan kadar faedah pinjaman rumah sejak separuh kedua 2023, walaupun penanda aras kadar faedah meningkat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg