WASHINGTON: Bank Dunia telah menurunkan ramalan pertumbuhan global sebanyak hampir satu pertiga kepada 2.9 peratus bagi 2022, sambil memberi amaran bahawa pencerobohan Russia ke atas Ukraine telah menambahkan lagi kesan akibat pandemik Covid19, dan banyak negara kini menghadapi kemelesetan.

Perang di Ukraine telah meningkatkan kelembapan dalam ekonomi global, yang kini memasuki apa yang dikatakan boleh menjadi "tempoh pertumbuhan lemah yang berlarutan dan inflasi yang meningkat", kata Bank Dunia dalam laporan Prospek Ekonomi Global yang memberi amaran bahawa ramalan itu boleh menjadi lebih teruk.