Premium
Bank pusat AS naikkan kadar faedah sebanyak suku mata
The Fed bayangkan mungkin henti sementara kenaikan selanjutnya
May 5, 2023 | 5:30 AM
INFLASI TERLALU TINGGI: Pengerusi Bank Simpanan Federal Amerika, Encik Jerome Powell, berkata bank pusat itu masih melihat inflasi sebagai terlalu tinggi dan tekanan harga tinggi masih menjadi kebimbangan penggubal dasar. - Foto EPA-EFE -
WASHINGTON: Bank Simpanan Federal Amerika, atau The Fed, menaikkan kadar faedah sebanyak suku daripada satu mata peratusan pada Rabu, dan memberi bayangan ia mungkin menghentikan sementara kenaikan selanjutnya.
Ini sekali gus memberi masa kepada pegawai untuk menilai kesan kegagalan bank baru-baru ini, tunggu penyelesaian kebuntuan politik berhubung had hutang di Amerika Syarikat dan memantau inflasi.

