Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bank pusat S’pura pembeli emas ketiga terbesar di dunia

Nov 02, 2023 | 01:49 PM



Bank pusat Singapura merupakan pembeli emas ketiga terbesar di dunia bagi sembilan bulan pertama 2023, selepas bank pusat China dan Poland, menurut satu laporan oleh Majlis Emas Sedunia (WGC).

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) membeli empat tan emas di bursa emas terkawal pada suku ketiga 2023, menjadikan pembeliannya setakat ini bagi 2023 berjumlah 75 tan emas, kata majlis itu.

Bank Rakyat China (PBC) merupakan pembeli terbesar, setelah menaikkan rizab logam itu sebanyak 78 tan pada suku ketiga, lapor The Straits Times.


Sejak awal 2023, bank pusat China telah meningkatkan pegangan emasnya sebanyak 181 tan kepada 2,192 tan, yang membentuk 4 peratus jumlah rizabnya.

Bank Negara Poland juga meneruskan pembeliannya pada suku ketiga, dengan menambah 57 tan emas dan menjadikan jumlah emasnya yang terkumpul mencecah 105 tan sejauh ini pada 2023.

“Bank pusat terus menghargai faedah yang dibawa emas kepada portfolio rizab mereka – kepelbagaian, perlindungan kemerosotan (harga pasaran) dan kecairan,” kata Encik Shaokai Fan, ketua WGC bagi Asia Pasifik, tidak termasuk China dan ketua bank pusat globalnya.

Bercakap kepada ST, beliau menambah, “bagi rakyat Singapura, ini bermakna mata wang dan ekonomi mereka mempunyai lebih banyak lapisan perlindungan daripada dunia yang tidak menentu”.

Emas membantu mempelbagaikan rizab bank pusat, yang bertanggungjawab ke atas mata wang negara mereka yang terdedah kepada perubahan nilai, bergantung pada tanggapan kekuatan atau kelemahan ekonomi asasnya.

Memandangkan emas tidak membawa risiko kredit atau risiko pihak lawan, ia menjadi sumber kepercayaan dalam sesebuah negara dan dalam semua persekitaran ekonomi, menjadikannya salah satu aset rizab terpenting di seluruh dunia, di samping bon pemerintah.

Dalam laporannya mengenai trend suku ketiga itu, WGC turut menyatakan bahawa kekuatan pembelian emas oleh bank pusat melebihi jangkaannya dan ini menandakan bahawa usaha menambah peruntukan emas kian menjadi strategi berhemah yang diterima.

Pada 2022, kebanyakan pembelian emas oleh bank pusat dibuat oleh pasaran baru berkembang, dengan Turkey menjadi pembeli terbesar emas dengan rekod 542 tan.

China, India, Mesir, Qatar, Iraq, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman turut meningkatkan rizab emas masing-masing dengan ketara sepanjang 2022.

Di Singapura, permintaan emas oleh pengguna turun sebanyak 20 peratus kepada 2.7 tan pada suku ketiga 2023, berbanding 3.3 tan pada suku ketiga 2022, dalam keadaan pasaran harga emas yang meningkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >