Topik diikuti
Pergi ke BHkuBank of Singapore lancar entiti pengurusan kekayaan di M'sia bagi tawan peluang pertumbuhan
Bank of Singapore lancar entiti pengurusan kekayaan di M'sia bagi tawan peluang pertumbuhan
Bank of Singapore lancar entiti pengurusan kekayaan di M'sia bagi tawan peluang pertumbuhan
BANK of Singapore, sayap perbankan swasta kumpulan khidmat kewangan kedua terbesar di Asia Tenggara OCBC Group, telah membuka pejabat pengurusan kekayaan di Malaysia pada Rabu (1 Jun).
Pembukaan BOS Wealth Management Malaysia (BOSWM Malaysia) ini selanjutnya menempatkan Bank of Singapore, dalam kedudukan yang dapat menawan peluang pertumbuhan di Malaysia.
Dengan memanfaatkan kepakaran Bank of Singapore, BOSWM Malaysia akan dapat menawarkan rangkaian menyeluruh huraian pengurusan kekayaan mengikut keperluan pelanggan dan khidmat nasihat pelaburan kepada pelanggan dengan nilai pelaburan bersih yang tinggi dan sangat tinggi di Malaysia.
Menjelaskan demikian dalam satu kenyataannya pada Rabu, Bank of Singapore menjelaskan penubuhan BOSWM Malaysia itu akan menjadikan Malaysia pasaran pertama sesudah Singapura yang memiliki kewujudan pesisir menyeluruh yang menyokong tunggak perniagaan utama OCBC Group - perbankan, pengurusan kekayaan dan insurans.
Subsidiari lain yang mempunyai kewujudan di Malaysia termasuk OCBC Bank Malaysia dan Great Eastern. Ini menyokong visi OCBC Group untuk menjadi pemain pengurusan kekayaan utama di Malaysia.
Pelancaran BOSWM Malaysia juga dilakukan tepat pada masanya. Menurut Laporan Kekayaan Knight Frank 2022, Malaysia menjangkakan kenaikan 43 peratus dalam jumlah individu dengan nilai pelaburan sangat tinggi antara 2021 hingga 2026 - antara yang tercepat di Asia.
Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Teh Chi-Cheun, karyawan kewangan veteran dengan lebih 25 tahun pengalaman dalam pelaburan dan pengurusan aset mengetuai entiti di Malaysia yang mempunyai sekitar 60 kakitangan.
Mengulas tentang perasmian BOSWM Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari, berkata:
"Menubuhkan kewujudan pesisir di Malaysia menerusi BOSWM Malaysia menempatkan Bank of Singapore dalam kedudukan yang baik untuk menangani keperluan kekayaan dan pelaburan individu dengan nilai bersih sangat tinggi dan tinggi.
"Jelas terdapat potensi bagi pasaran ini membangun dan berkembang - kita boleh membangun sinergi yang sedia ada dalam pasaran ini, melihat pada OCBC Group sudah pun diwakili dengan baik di sini menerusi subsidiarinya, OCBC Malaysia dan Great Eastern."
