Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Banker S’pura dilantik CEO Bank Hong Leong M’sia

Jun 05, 2023 | 06:28 PM



BANKER veteran Singapura, Encik Kevin Lam Sai Yoke, telah dipilih oleh salah satu bank terkemuka Malaysia untuk menjadi pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutifnya yang seterusnya.

Encik Lam, 55 tahun, yang mempunyai rekod selama 30 tahun dalam industri perbankan, akan menuju ke Kuala Lumpur untuk mengambil alih jawatan teratas di Bank Hong Leong Malaysia pada 1 Julai.

Beliau menggantikan Encik Domenic Fuda, yang akan bersara selepas lebih tujuh tahun menerajui syarikat itu.

Encik Lam, yang memulakan kerjaya perbankannya di Citibank kira-kira tiga dekad lalu, meninggalkan jawatannya sebagai ketua unit perbankan digital UOB, perbankan Digital Kumpulan TMRW.

Sepanjang kerjayanya selama tiga dekad, Encik Lam telah berkhidmat dalam jawatan kepimpinan dalam perbankan pengguna, jualan dan pengedaran serta fungsi teknologi.

Bekerja di UOB selama hampir dua dekad, Encik Lam telah dihantar ke Indonesia dan Malaysia untuk mengurus operasi bank itu, sebelum kembali ke Singapura untuk mengawasi pelancaran perbankan digitalnya.

Beliau yang merupakan seorang graduan dalam bidang pentadbiran perniagaan dari Universiti Nasional Singapura memulakan kerjayanya dengan bank Citigroup.

Apabila ditanya mengenai rancangannya di syarikat barunya, Encik Lam berkata beliau akan berusaha untuk memimpin Bank Hong Leong ke tahap seterusnya.

“Saya akan berusaha untuk membina francais Asean yang kukuh, didorong oleh enjin pertumbuhan baru. Membina francais pengurusan kekayaan juga akan menjadi keutamaan,” ujarnya.

Bank Hong Leong, yang diasaskan pada tahun 1905 dan kini dikawal oleh hartawan Encik Quek Leng Chan, adalah salah satu daripada empat bank teratas Malaysia.

Dengan kira-kira 10,000 kakitangan, dan kira-kira 330 cawangan, bank itu juga mempunyai kehadiran di pelbagai pasaran Asia Tenggara di luar Malaysia dan juga beroperasi di China.

Kekuatan bank itu secara tradisi adalah sebagai bank untuk syarikat kecil dan sederhana.

Bank Hong Leong disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur dan mempunyai permodalan pasaran kira-kira RM 41 bilion ($12 bilion).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >