Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bantuan tersedia jika mahu tukar kerjaya, tingkat kemahiran

Oct 7, 2020 | 5:30 AM
PERLU SESUAIKAN DIRI: Apabila melakukan pertukaran kerjaya, penting bagi anda bersiap sedia untuk perubahan gaji, lebih-lebih lagi jika anda menyertai sektor baru.
PERLU SESUAIKAN DIRI: Apabila melakukan pertukaran kerjaya, penting bagi anda bersiap sedia untuk perubahan gaji, lebih-lebih lagi jika anda menyertai sektor baru. - - Foto fail

Saya ialah bekas kapten kapal yang berpengalaman lebih lima dekad dan hari ini pada usia 67 tahun saya masih mahu bekerja. Namun, saya tidak mempunyai kelayakan dan penguasaan bahasa Inggeris saya juga amatlah terhad. Bagaimana saya boleh meningkatkan diri?

Syabas kerana anda berfikiran terbuka mengenai pembelajaran sepanjang hayat dan berminat meningkatkan kemahiran.

Sebagai permulaan, tanya diri anda, pekerjaan apakah yang menarik minat anda dan apakah kemahiran yang anda ada sekarang yang dapat dipadankan dengan keperluan pekerjaan baru.

Jika ada jurang dari segi kemahiran, anda boleh memanfaatkan Program Kemahiran SGUnited.

Anda juga boleh mempertimbangkan untuk mengikuti kursus Program Literasi Tempat Kerja yang boleh memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris anda dalam membaca, mendengar, bertutur dan menulis. Jika anda kurang pasti mengenai keperluan kerjaya anda dan bagaimana untuk meneruskan pencarian kerja, anda boleh mendapatkan bantuan menerusi Careers Connect WSG di mana pegawai kami dapat menasihatkan anda dan membimbing anda dalam proses ini. Saya bekerja dalam bidang perhubungan strategik sejak 15 tahun lalu dan berkelulusan ijazah dalam pengajian media. Jika saya berminat menyertai sektor membangun seperti Fintech, apakah yang perlu saya lakukan?

Sebelum menceburi bidang Fintech atau mana-mana sektor, persediaan yang betul adalah penting. Anda perlu mengenal pasti apakah peranan yang anda mahu lakukan dan apakah kemahiran yang anda miliki, yang dapat membantu anda melakukan peranan tersebut. Mula dengan melakukan penyelidikan mengenai sektor berkenaan dan bertanya kepada rakan atau kenalan yang bekerja dalam sektor sedemikian untuk memahaminya dengan lebih mendalam.

Apabila melakukan pertukaran kerjaya, penting bagi anda bersiap sedia untuk perubahan gaji, lebih-lebih lagi jika anda menyertai sektor baru.

Anda juga perlu menilai sama ada terdapat jurang kemahiran dan bergantung kepada peranan yang ingin anda lakukan, anda mungkin perlu menjalani latihan kemahiran untuk merapatkan jurang itu.

Anda boleh mempertimbangkan untuk menyertai Program Penukaran Profesional, WSG kerana ia akan membantu mengurangkan masa yang anda perlukan untuk mempelajari kemahiran baru dan membolehkan anda melakukan pekerjaan baru itu secepat mungkin. Apakah kesannya jika saya mencuba sektor atau industri baru tidak rasa ia tidak sesuai semasa tempoh sebagai pelatih? Bolehkah saya memanfaatkan lagi bantuan pemerintah untuk mencuba industri berbeza?

Setelah anda selesai menjalani program Pelatih SGUnited atau latihan bersama syarikat di bawah Program Pelatih Pertengahan Kerjaya SGUnited, anda kemudian boleh menjalani satu lagi program tersebut.

Jika anda meninggalkan program atau latihan lebih awal, anda perlu menyempurnakan keperluan minimum program itu sebelum anda boleh memohon untuk menjalani program baru.

Anda juga boleh berkunjung ke MyCareersFuture bagi mendapatkan maklumat mengenai peluang yang disediakan dengan sokongan pemerintah.

Selain menyertai program pelatih atau latihan bersama syarikat, anda juga boleh meneroka lain-lain program WSG seperti Program Penukaran Profesional (wsg.gov.sg/pcp), di mana PMET pertengahan kerjaya boleh mempelajari kemahiran baru yang membolehkan anda memulakan pekerjaan dengan cepat.

Semasa mempertimbangkan pertukaran sektor, anda mungkin mahu menilai juga jika peranan dan sektor itu sealiran dengan nilai-nilai kerjaya, minat dan keperibadian anda. Ini akan membantu anda mengenal pasti dan menerima pekerjaan yang paling sesuai buat diri anda. Untuk bantuan lanjut, anda boleh ke Career Connect WSG. Elaun latihan sekitar $1,500 tidak cukup untuk saya menampung keperluan keluarga. Tapi apabila saya menjalani latihan saya tidak boleh melakukan pekerjaan lain seperti pemandu Grab atau sebagai pekerja penghantaran. Apakah yang boleh saya lakukan? Saya memiliki diploma dari politeknik setempat.

Anda mungkin perlu meneliti keadaan anda buat masa ini, apakah latihan yang ingin anda ikuti dan jika ia adalah satu-satunya cara bagi anda memenuhi matlamat kerjaya anda. Jika tujuan anda ialah untuk mempelajari kemahiran untuk pekerjaan, anda boleh menimbangkan Program Pelatih Pertengahan Kerjaya SGUnited atau Program Penukaran Profesional. Bergantung kepada keperluan anda, program-program ini akan membolehkan anda mendapatkan pengalaman industri yang relevan, dan membangunkan kemahiran yang diperlukan menerusi latihan bersama syarikat atau latihan-sambil-bekerja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg