APABILA pelanggan membeli makanan tradisional nasi lemak di gerai JC Nasi Lemak di pusat makanan Timbre Plus, mereka boleh menggunakan kod QR untuk membayar makanan secara elektronik.

Penggunaan pembayaran tanpa tunai di gerai terletak di Ayer Rajah Crescent mempercepatkan proses pembelian, membolehkan gerai milik keluarga Cik Rohaniah Mohamed meningkatkan penjualan sebanyak 30 peratus.