Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bazar Malaysia Fest kembali lebih besar

Aug 11, 2017 | 5:30 AM
ACARA MALAYSIA FEST: Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Johor, Encik Zainal Abidin Yang Razali (kanan), mengongsi dengan Encik Zaqy (berbaju merah) tentang durian dari ladang Malaysia di majlis pelancaran Malaysia Fest semalam. Bersama mereka ialah pengarah urusan MegaXpress, Encik Hamzah Abdullah (berbaju biru). - Foto M.O. SALLEH
ACARA MALAYSIA FEST: Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Johor, Encik Zainal Abidin Yang Razali (kanan), mengongsi dengan Encik Zaqy (berbaju merah) tentang durian dari ladang Malaysia di majlis pelancaran Malaysia Fest semalam. Bersama mereka ialah pengarah urusan MegaXpress, Encik Hamzah Abdullah (berbaju biru). - Foto M.O. SALLEH -

ACARA bazar Malaysia Fest 2017 kembali dengan kawasan lebih besar dan lebih banyak peserta.

Diadakan di Dewan 6B Singapore Expo, pegerai kali ini dari negeri seperti Sabah, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Melaka dan Johor.

Pameran edisi kedua anjuran MegaXpress International Pte Ltd itu telah pun bermula semalam dan akan berlangsung hingga Ahad ini dari 10 pagi hingga 10 malam.

Hadir selaku tetamu terhormat bagi melancarkan Malaysia Fest 2017 semalam ialah Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad.

Sebanyak 240 gerai yang menyediakan pelbagai jenis makanan, barangan fesyen, produk kecantikan dan pakej pelancongan terdapat di bazar itu.

Antara makanan yang boleh dinikmati pengunjung ialah buah-buahan dari seluruh wilayah Malaysia seperti durian, rambutan, cempedak, jambu, mangga, manggis dan nangka, khas dari ladang Malaysia.

Terdapat juga makanan eksotik seperti keropok amplang, popia rumpai laut, kuih gunting, kuih cincin, nasi dagang, kayu keramat, tembosa raja, tembosa ikan, keropok ikan, keropok lekor dan dodol beraneka perisa.

Pengunjung yang meminati barangan fesyen dan kecantikan pula boleh menikmati promosi hebat bagi songket, batik, aksesori, kraf tangan dan produk kecantikan.

Pakej pelancongan juga ditawarkan dengan promosi ke tempat eksotik di Malaysia oleh rangkaian hotel, resort, agensi dan persatuan pelancongan.

Selain itu, terdapat demostrasi kraf tangan seperti kaligrafi, Labu Sayong (Perak) dan persembahan seni budaya seperti persembahan muzik tradisional Cempuling (Selangor) dan tarian melambangkan kebudayaan setiap negeri.

Tiada bayaran masuk dikenakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg