Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Belanjawan 2023 garis cara S'pura rebut peluang dalam dunia tidak menentu: DPM Wong

Feb 14, 2023 | 05:30 AM



BELANJAWAN 2023 akan menetapkan bagaimana Singapura akan merebut peluang dalam dunia yang terus tidak menentu, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada Isnin.



Ia juga diharap dapat mempersiap masa hadapan pascapandemik.



Sementara negara ini telah bangkit kukuh bersama daripada pandemik, beliau menyatakan keperluan warga tempatan bersiap menghadapi masa depan pascapandemik yang baru.



Encik Wong, yang akan menyampaikan Belanjawan di Parlimen pada 3.30 petang Selasa, berkata:



"#SGBudget2023 adalah mengenai 'Melangkah ke Hadapan dalam Era Baru'.



"Belanjawan ini akan menetapkan bagaimana kita akan menjamin peluang dalam dunia yang bermasalah, untuk membantu warga Singapura merebut peluang baru, memperkukuhkan kompak sosial kita dan memberi keyakinan kepada keluarga sementara kita membina daya ketahanan kolektif sebagai satu negara."



Menurut beliau dalam satu pos Facebook, perjalanan pada masa depan tidak akan mudah.



"Tetapi menerusi usaha kita bersama, dan kepercayaan yang ada dalam diri satu sama lain, saya yakin kita akan berjaya dan menjamin masa depan lebih baik untuk semua serta generasi akan datang."



Sebelum ini, Encik Wong juga menyatakan lebih banyak usaha untuk membantu warga menangani kesan kenaikan harga dan inflasi. Ini sedang pemerintah mengimbangi perbelanjaan yang semakin meningkat dengan langkah merangsang pendapatan negara.



Bajet: Langkah tambahan bantu keluarga dipertimbang



Awal dari ini, Encik Wong telah mengatakan bahawa pemerintah sedang meneliti langkah tambahan untuk menolong keluarga-keluarga mempersiapkan diri menghadapi ketidaktentuan dan cabaran yang berterusan.



Ini termasuk perang yang berterusan di Ukraine, kemungkinan gangguan dalam bekalan makanan dan tenaga, ekonomi global lebih lemah serta ketegangan geopolitik khususnya, antara Amerika Syarikat dan China.



Belanjawan kali ini dijangka lebih mirip dengan belanjawan-belanjawan sebelum tempoh pandemik Covid-19, dengan kewangan fiskal yang kembali lebih normal, menurut beberapa pengamat.



Ada berpandangan antara faktor yang akan membentuk Belanjawan 2023 ialah peralihan Singapura dengan Tahap Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) diturunkan ke Hijau dari Kuning.



Ini sekaligus bermakna perbelanjaan fiskal berkaitan dengan pandemik akan diturunkan secara signifikan dalam tahun kewangan mendatang.



Namun sedang Singapura beralih ke norma pos-pandemik baru, keprihatinan baru seperti kos sara hidup pula muncul.



Justeru, pemerintah akan berusaha mencapai keseimbangan dalam menangani kos sara hidup yang terus meningkat dengan kos perniagaan di negara ini.



Belanjawan tahunan lazimnya adalah usaha dalam mencapai keseimbangan antara pembiayaan keperluan sosial segera dan keutamaan ekonomi jangka panjang. Tetapi cabaran sebenarnya ialah bagaimana perbelanjaan dalam dilakukan dengan cara yang mapan dan boleh bertahan.



Ada pengamat meramalkan tahun kewangan 2022 akan menyaksikan lebihan sekitar 0.5 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) ekoran pendapatan cukai yang cergas.



"Belanjawan 2023 mungkin lebih neutral dengan defisit kecil dirancangkan, sekitar 0.1 peratus daripada GDP.



"Ini sedang pendapatan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang dinaikkan ke 8 peratus, diimbangi oleh keperluan untuk terus menghulurkan bantuan kos sara hidup ekoran inflasi yang berterusan untuk membiayai prasarana, penjagaan kesihatan dan peralihan ke ekonomi digital dan hijau," ujar Ketua Pakar Ekonomi yang juga Ketua Penyelidikan dan Strategi OCBC Bank, Cik Selena Ling.



"Sementara pekerja bergaji rendah dan isi keluarga memerlukan akan melihat bantuan khusus, keperluan jangka sederhana bagi membiayai perbelanjaan yang meningkat, mungkin menandakan lebih banyak cukai kekayaan di samping kenaikan GST ke 9 peratus pada tahun depan."



Dalam hal ini, warga Singapura ingin melihat sama ada akan ada skim-skim sokongan serupa dengan Belanjawan 2022 - yang Pakej Sokongan Isi Rumah bernilai $560 juta - meredakan bebanan bil api air, pendidikan anak dan keperluan harian.



Pada masa sama, usaha lebih signifikan dalam memperkukuhkan kemahiran dan latihan rakyat Singapura agar dapat memperolehi sokongan latihan sepanjang kerjaya boleh dijangkakan dalam belanjawan kali ini.



Encik Wong telah membayangkan dalam satu persidangan bulan lalu, kemungkinan sokongan pengambilan bekerja semula bagi membantu pekerja secara kewangan sementara mereka meningkatkan kemahiran.



Ini tidak akan berbentuk manfaat pengangguran, sebaliknya akan berbentuk dalam sokongan kewangan yang membolehkan golongan pekerja meningkatkan kemahiran agar mereka menjamin pekerjaan baru yang sesuai dengan keupayaan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >