Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Berani jual burger perisa S'pura kepada pelanggan di Times Square

Sep 23, 2022 | 05:30 AM



Dua perniagaan makanan dan minuman (F&B) Melayu/Islam Singapura – Ashes Burnnit dan Padi – kini menempa nama di Amerika Syarikat apabila mereka membuka cawangan antarabangsa pertama mereka di sebuah ruang penjaja bernama Urban Hawker dekat Times Square di New York kelmarin. Ruang yang diusahakan Makansutra dan syarikat Amerika, Urbanspace, itu menempatkan 18 gerai termasuk 11 gerai oleh perusahaan F&B dari Singapura. Ashes Burnnit dan Padi berkongsi antara detik persiapan dan dorongan mereka menebarkan sayap ke kota yang mendapat julukan ‘Big Apple’ itu.




MEMPERKENAL hidangan burger dari sebuah negara Asia kepada penduduk negara yang melahirkan rangkaian restoran makanan segera popular yang dikenali bagi hidangan burger mereka seperti McDonald's dan Burger King memerlukan usaha yang bukan calang-calang.



Namun, cabaran itu disahut berani pemilik rangkaian gerai burger Ashes Burnnit, Encik Lee Syafiq Muhd Ridzuan Lee, yang mempunyai beberapa cawangan di Singapura termasuk di pusat makanan Golden Mile dan pusat makanan Alexandra Village.



Cawangan pertama Ashes Burnnit di luar negara, yang dinamakan Ashes Burnnit NYC, dibuka di sebuah ruang penjaja bernama Urban Hawker dekat Times Square di New York kelmarin.



"Saya mahu mengibarkan tinggi bendera Singapura dan memberi penduduk kota New York rasa gabungan sentuhan Asia dan Barat yang terdapat dalam burger kami.



"Oleh itu, saya rasa cara terbaik untuk memberi dunia rasa burger dari Singapura ialah dengan terus pergi ke Kota Burger ini dan menempa nama di sana," ujarnya.



Encik Syafiq akur berasa bimbang untuk memasuki pasaran Amerika itu pada mulanya kerana terdapat banyak kedai yang menjual burger dan sandwic di New York dan mereka sememangnya sudah pun popular dalam kalangan penduduk di sana.



Mereka juga tidak pasti akan sambutan penduduk tempatan kepada burger yang mempunyai perisa Asia.



Oleh itu, sedang beliau berusaha mengekalkan perisa asal dalam hidangannya seperti yang disajikan di Singapura, Encik Syafiq berkata hidangan yang disediakan di Ashes Burnnit NYC turut mengandungi sentuhan tempatan yang lebih dikenali penduduk di sana.



"Setiap burger dalam menu kami itu menggabungkan perisa Singapura dan Asia serta sentuhan New York.



"Saya anggap ini 'the best of both worlds' (yang terbaik dari dua dunia)," ujarnya.



Tambahnya, beliau juga harus menyesuaikan diri dengan budaya kerja serta gaya cef dan pekerja tempatan yang berbeza di New York berbanding di Singapura.



Oleh itu, Encik Syafiq berkata beliau perlu mempelajari gaya yang berbeza itu dan mempertimbang bagaimana untuk menggabungkan cara bekerja yang berbeza untuk mewujudkan sinergi dalam pasukannya untuk menghasilkan sekitaran kerja yang baik.



Tambahnya, beliau juga perlu berusaha dari mula untuk bertemu dengan pembekal baru dan mencari vendor baru serta membina hubungan dengan mereka di New York.



"Bagi kami, ini satu usaha berterusan... untuk mempelajari cara pekerja di sini bekerja supaya kami dapat mencapai keseimbangan yang baik dalam usaha mengendali operasi dengan pekerja daripada pelbagai latar belakang dan dengan pengalaman yang berbeza," ujarnya.



Encik Syafiq berkata misi mereka di New York sekarang adalah untuk berjaya dan mereka berharap pengalaman ini dapat membantu mereka menilai sejauh mana mereka boleh mengembangkan perusahaan serta produk mereka.



Beliau juga bercita-cita mengembangkan perusahaannya ke wilayah lain di Amerika supaya lebih ramai orang dapat rasa burger dari Singapura.



"Dan sekiranya kami berjaya di Amerika, kami pastinya merancang berkembang ke negara lain," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >